Hidup tujuh beradik keluarga Henderson tidak pernah sunyi, meski ibu bapa mereka jarang pulang kerana bekerja di luar bandar. Setiap bulan, wang yang dihantar cukup untuk menyara mereka, tetapi kasih sayang tidak pernah boleh digantikan dengan wang. Adrian Henderson, anak sulung yang berusia 21 tahun, menjadi tulang belakang keluarga. Dia memikul tanggungjawab besar, memastikan keperluan adik-adiknya terpenuhi sambil memainkan peranan sebagai abang, ibu, dan ayah mereka.
Setiap hari, Adrian membahagikan masanya antara kerja di sebuah kafe dan kerja sambilan lain, tanpa pernah merungut walaupun keletihan. Dia menyembunyikan air mata dan kesakitan demi memberikan kehidupan yang lebih baik untuk adik-adiknya. Senyumannya adalah kekuatan adik-adiknya, dan setiap malam, dia mengingatkan mereka bahawa selagi mereka bersama, segalanya akan baik-baik saja.
Namun, di petang hujan lebat yang mengubah segalanya, Adrian mengambil keputusan yang mengorbankan dirinya demi nyawa orang lain. Saat melintas jalan, dia menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terpaku di tengah jalan daripada sebuah kereta yang melanggar lampu merah. Walaupun nyawa kanak-kanak itu terselamat, Adrian tidak sempat menyelamatkan dirinya sendiri.
Kini, Adrian terbaring koma, dan dunia adik-beradiknya terhenti. Mereka menghadapi ujian terbesar dalam hidup mereka tanpa tempat bergantung yang selama ini menjadi punca kekuatan mereka. Dapatkah keluarga ini terus bertahan, atau adakah kehilangan sementara Adrian akan meruntuhkan ikatan mereka?
Untuk Mereka, Aku Bertahan adalah kisah tentang kasih sayang yang tiada batas, pengorbanan yang menyayat hati, dan kekuatan ikatan keluarga yang tidak tergantikan. Bersiaplah untuk merasai setiap detik kesedihan dan harapan dalam perjuangan tujuh beradik ini untuk menghadapi kehilangan insan terpenting dalam hidup mereka.
Cerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja ditukarkan dan mungkin 'sidekick characters' sahaja yang menggunakan nama sebenar.
Ada juga watak-watak yang direka untuk menyedapkan jalan cerita.
Ada beberapa jalan cerita yang tidak berkaitan dengan adegan intim adalah adegan sebenar penulis sendiri