Husniya, wanita yang pernah percaya pada cinta suci, kini berdiri di ambang kehidupan yang penuh kekecewaan. Senyumannya yang dulunya tulus kini berubah menjadi kosong, matanya yang bercahaya kini hanya menyimpan luka. Dia pernah mencintai Adam sepenuh hatinya, lelaki yang dia sangka akan melindunginya daripada dunia. Tetapi cinta itu kini menjadi beban yang menghancurkan jiwa dan raganya.
"Kalau macam tu, apa hak saya sebagai isteri awak?" ~ Husniya Raisya
Adam pula, lelaki yang suatu ketika dahulu menjadi pelindung dan pendamping setia, kini terperangkap dalam dunia yang dia cipta sendiri dunia penuh ego, kesalahan, dan keengganan untuk mengakui cinta yang masih berdegup dalam hatinya. Di setiap langkahnya, bayangan kesalahan menghantui, tetapi dia terus menafikan, sehingga terlambat untuk memperbaiki segalanya.
"Jangan gunakan alasan anak untuk buat aku rasa bersalah, Husniya! Kau tak ada hak nak tentukan hidup aku!" ~Adam haizren
Dalam rumah itu, janji-janji yang pernah diikrarkan menjadi debu. Kata-kata kasar menjadi pengganti bisikan cinta, dan air mata menjadi teman setia setiap malam. Husniya tahu, dia perlu pergi bukan kerana dia lemah, tetapi kerana dia ingin menyelamatkan sisa-sisa hidupnya.
Namun, di luar pintu kehidupan mereka, Haider muncul seorang lelaki asing yang membawa sinar harapan. Dalam senyumannya yang tenang, ada janji kehidupan yang lebih baik, tetapi Husniya tahu, hati yang terluka tidak mudah untuk percaya lagi.
"Kalau awak perlukan seseorang untuk dengar,saya ada" ~ Syed Haider
Ini adalah kisah tentang cinta, kehilangan, dan keinginan untuk bertahan dalam hidup yang penuh dengan duka. Sebuah perjalanan yang berduri, di mana setiap langkah membawa Husniya lebih dekat kepada kebebasan atau mungkin, kepada cinta yang baru.
Di tengah-tengah semua ini, Husniya perlu membuat pilihan, adakah dia akan terus merangkak dalam kegelapan, atau adakah dia akan menemui cahaya di hujung jalan?
Buku kelima
Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang.
Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbagai dugaan menimpa dirinya. Dia terpaksa menyembunyikan identitinya yang datang dari masa hadapan.
Pertemuan dengan sang Putera pewaris kerajaan Langkasuka lebih menyukarkan dirinya untuk pulang. Sudah banyak cara dia mengelakkan diri dari si Putera itu.
Kerana Putera si dingin dan dominan, sudah pun menanda dirinya untuk menjadi si Permaisuri hatinya.
Apa akan jadi jika si Putera itu mengetahui gadis itu sebenarnya salah satu dari ramalan yang ditulis? Bagaimana dia mahu mengubah ramalan itu? Bagaimana dia mahu menerima si gadis itu bukan dari asalnya?
Adakah pada akhirnya mereka akan bersatu?
Fantasy- yes
Love- yes
Cliche- no
Harsh word may include
Medical term may include
Start- 15 Okt 2023
End-