Teratai, hati yang kau hancurkan..
  • Reads 356
  • Votes 38
  • Parts 4
  • Reads 356
  • Votes 38
  • Parts 4
Ongoing, First published Jan 13
4 new parts
Nur teratai..
"Atai janji Atai akan selalu ada disamping abang. Disaat susah dan senang, Atai takkan belakangkan cinta kita.."

Amirul Awan
"Abang tahu abang tak mampu berikan Atai kemewahan. Tapi satu je abang nak Atai tahu.. Abang tulus cintakan Atai. Tulus dari hati abang yang paling dalam.."

Mahligai yang dibina tak mampu bertahan lama. Teratai lupa dengan janjinya. Janji mahu berada disamping Amirul Awan dan janji untuk tidak belakangkan cintanya pada lelaki itu.

Selama sepuluh tahun Teratai hilang dari jarak pandangan mata Amirul Awan. Selama sepuluh tahun itu juga Amirul Awan cuba mengubah takdir hidupnya menjadi lebih baik.

Pertemuan semula diantara mereka selama sepuluh tahun terpisah membuka cerita baru yang disulami amarah dan air mata.

Teratai datang membawa janji yang sama. Mahu kembali kepada Amirul Awan, lelaki pertama yang mengetuk pintu hatinya. Sedangkan Amirul Awan yang masih terhina kerana ditinggalkan oleh wanita yang begitu dicintainya lebih memilih membenci dari mencintai lagi. Apatah lagi bila dia tahu Teratai datang membawa seorang insan bernama 'anak' yang tidak tahu asal usulnya dari mana.

Adakah kemaafan untuk Teratai yang pergi meninggalkan lelaki yang tulus mencintainya?

Atau cinta yang Teratai mahu mulakan itu terpaksa berakhir dan dia harus mengusung benci akibat kepergiaannya dulu?
All Rights Reserved
Sign up to add Teratai, hati yang kau hancurkan.. to your library and receive updates
or
#10angst
Content Guidelines
You may also like
The New Generation Series :TUAN AIRIL SYAZRELL (Novel Fizikal) by Hashily90
4 parts Ongoing
AIRIL SYAZRELL x AILIN SAFINA Pertemuan pertama membuahkan sengketa di antara Airil Syazrell dan Ailin Safina. Namun takdir seringkali mempertemukan mereka. Hidup Ailin yang sering dirundung malang semakin kelam apabila dia perlu menjaga kedua anak arwah kakaknya. Disebabkan dia terdesak memerlukan duit untuk menyara Azza dan Azam maka dia terpaksa berhenti belajar. Tidak Ailin jangka dia akan bekerja di syarikat milik Syazrell, iaitu lelaki yang suka mencari pasal dengannya. Atas suratan takdir akhirnya Ailin dan Syazrell terikat dalam satu perkahwinan kontrak. Syazrell yang didesak oleh mamanya untuk berkahwin terpaksa akur dengan kehendak kekasihnya yang memintanya untuk mengahwini Ailin. Disebabkan Trisya kekasih Syazrell tidak bersedia untuk melepaskan kerjayanya, Trisya menjadikan Ailin sebagai tempat sandaran untuk memastikan Syazrell tidak jatuh ke dalam tangan perempuan lain. Di saat hati Ailin mula terjatuh pada si suami, Syazrell juga keliru dengan perasaannya apabila Trisya kembali untuk menuntut janji. Adakah Syazrell mampu menunaikan janjinya untuk kembali pada Trisya dan adakah Syazrell mampu menjaga hati Ailin apabila Trisya mula bertindak untuk membuat Ailin cemburu dengan kehadirannya. Mampukah kasih yang tersemai menyelamatkan sabuah perkahwinan yang kian goyah? *Hanya akan di update beberapa bab. Sebab akan dijadikan buku fizikal. Cerita ini adalah spin off dari hot trio series. Watak Airil Syazrell adalah anak kepada Alaila Sofea dan Shahrul Mateen
Ustaz Faqih Ruzain by Hashily90
46 parts Ongoing
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya. "Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya- "Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih- "Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya- "Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih- Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.
You may also like
Slide 1 of 10
The New Generation Series :TUAN AIRIL SYAZRELL (Novel Fizikal) cover
Duri di antara kita [ C ]  cover
Amalan Sunnah Rasulullah cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
akukah yang bersalah  cover
GHAZI UQAYL cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover
Ustaz Faqih Ruzain cover
Kaki Troll ✔ cover
Dia Amanah Buatku | OG cover

The New Generation Series :TUAN AIRIL SYAZRELL (Novel Fizikal)