Story cover for PABILA HATI TULUS MENCINTAI || bakal terbit 2025 Insya-Allah ❤ by Eyra_Shazleyra
PABILA HATI TULUS MENCINTAI || bakal terbit 2025 Insya-Allah ❤
  • WpView
    Reads 90
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 11
  • WpView
    Reads 90
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 11
Ongoing, First published Jan 14
BLURB

Pertemuan antara mereka bukan seperti orang lain. Tiada babak sweet walaupun berlaku pertembungan. Bukannya acah-acah terlanggar untuk memulakan sebuah perkenalan.

"Hoi! Pencuri!"
" Tangkap yang ni sama, tuan. Mungkin rakan subahat."

Mengenali Diandra, Adry jatuh hati pada gadis itu. Stok yang payah nak ditemui. Melihat kediaman Pak Tam yang bakal dia diami pula, terasa dirinya tercampak ke era 80-an. 

Atau betul rohnya sudah mengembara ke masa lalu? Jasad masih ada di rumah inap sana?

"Yang sana tu nama dia jamban. Untuk membuang tak kira besar atau kecik. Kalau malam hari, encik kena nyalakan lilin yang dah ada dalam tu. Sebab tak ada elektrik."
"You ada telefon tak? I  nak pinjam. Nak call kawan." - Adry.
"Telefon tu apa, ya?" - Diandra.

Mengenali Pak Tam, Adry tahu lelaki itu bukan calang-calang orang. Bila ada ura-ura Pak Tam memberi lampu hijau, Adry berasa cukup teruja.

Tetapi tidak pada Diandra. Kemesraan dan senyuman manis yang cantik melengkung pada ulas bibir gadis itu hilang sekelip mata kala dia memperkenalkan diri. 

"Saya Syed Adry Azfar. I'm 30 years old."
"Saya tak sudi nak kenal dengan awak, Encik Adry.."

Anak gadis Pak Tam mula berubah tingkah yang Adry tak tahu kenapa. Diandra mula menunjukkan sikap jengkel dengan kehadirannya. Gadis itu juga tanpa ralat mengakui semua perkara yang pernah melibatkan mereka. 

"Awak kenal jaket ni kan, Encik Adry? Jaket 'malaun' yang dah pulas tangan awak tu pakai. Sayalah malaun tu. Saya jugak yang bertanggungjawab buat awak kena heret masuk balai!"

Walau apa pun alasan Diandra untuk menolak, Adry tak peduli. Dia tetap berusaha mendekati dan ingin memperisterikan Diandra. Sekurang-kurangnya dia punya pilihan lain untuk tidak menerima Irma Fariha, calon cucu menantu nendanya. 

Sehinggalah terjadi sesuatu yang benar-benar telah mengikat mereka.

#mineshaz
#kipidap_dungivab
All Rights Reserved
Sign up to add PABILA HATI TULUS MENCINTAI || bakal terbit 2025 Insya-Allah ❤ to your library and receive updates
or
#589setia
Content Guidelines
You may also like
DIAN UNTUK DIANDRA |  TERBIT by IkahMorak
23 parts Complete Mature
Disebabkan kecewa gadis idaman dimiliki oleh si abang tiri sendiri, tubuh sahabat menjadi korban. Amsyar melafazkan akad nikah buat Diandra bukan kerana cinta tetapi kerana tanggungjawab. Tanggungjawab atas nyawa yang hidup dalam rahim Diandra. Kesilapan lalu menjadi satu titik permulaan untuk beralih dari jalan yang hitam. Dalam diam Diandra rela dengan masjid yang dibina. Biarpun dicela oleh orang sekeliling namun dia redha kerana akhirnya dia menjadi milik Amsyar. Persahabatan yang terjalin sejak kecil membuahkan bibit cinta dalam diri tapi sayang Amsyar buta untuk menyedari cintanya. Tapi bila Amsyar mahu bertanggungjawab terasa bagai mimpi menjadi kenyataan. Disebabkan cinta dan sayang yang menggunung terhadap Amsyar, lautan berapi pun dia sanggup redah tanpa perlu fikir dua tiga kali. "I betul-betul sayangkan you. You nak I ubah penampilan dan perangai I macam Ari pun I sanggup. You nak I buat apa lagi? Buat pembedahan plastik?"- Diandra Hafina. Tetapi bagi Amsyar pula perkahwinan ini makin buat rasa bersalah dalam diri makin bertambah-tambah. Dia sedar yang dirinya cela! Jahil! Macam mana dia nak bimbing isterinya jika dia tiada ilmu di dada? Dia ibaratkan sehelai kertas kotor yang terbang dibawa angin tanpa arah tuju. Buntu! "Aku tiada ilmu di dada Dian. Kau takkan bahagia dengan aku. Aku tak sempurna. Aku bukan seperti lelaki alim di luar sana yang menjadi idaman para wanita. Malah idaman kau! Aku bukan orangnya. You deserve better." - Amsyar Rizal. Namun tak semudah itu untuk seorang wanita mengibar bendera putih. Hatinya mahukan Amsyar. Tak kira walau sekuat mana pun ribut yang mendatang, sekuat mana pun hati Amsyar goyah dia tetap mahukan Amsyar menjadi ayah buat bakal anak-anaknya. "Jangan semudah itu awak mengalah. Berubah Amsyar. Itulah satu-satunya jalan yang awak ada. Pintu taubat sentiasa terbuka."-Diandra Hafina. Berjayakah Amsyar membalas cinta suci Diandra? Ataupun perkahwinan cinta sebelah pihak ini akan tersekat di tengah jalan?
Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C] by qstnadamia
87 parts Complete Mature
Satu kejadian yang berlaku membuatkan kedua-dua insan itu bertemu. Nur Maisarah Azzahra seorang wanita yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan. Dirinya yang dianggap serba tidak guna dan dibesarkan dengan penuh kebencian oleh darah daging sendiri. Kematian ibubapa diusia yang muda membuatkan Zahra membesar tanpa mengetahui apa itu rasa disayangi atau dicintai. Dirinya mengunci pintu hati bagi mengelakkan dari terluka. Tengku Mikhail Al-Fateh, seorang jejaka yang mengambil alih syarikat keluarganya setelah pulang dari negara itali. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya menjadi seorang yang disenangi oleh ramai orang. Hidupnya yang dikelilingi oleh lelaki selain ibunya membuatkan Fateh menjadi kekok apabila bertemu dengan mana-mana wanita. Lebih mementingkan keluarga serta kerjayanya berbanding orang luar yang tiada kaitan dalam kehidupannya. Hadirnya Zahra dalam kehidupannya membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan. Tembok yang didirikan Zahra membuatkan Fateh ingin mengenali wanita itu dengan lebih lagi. "Jurang antara kita terlalu besar encik, bukan saya yang sepatutnya encik berikan kata-kata tersebut..." - Zahra "Awak takkan dapat ubah apa yang saya rasa zahra, hanya awak untuk saya..." - Fateh Takdir telah menemukan mereka semula dibawah satu ikatan. Fateh berusaha untuk meruntuhkan dinding yang berada diantara mereka. "Zahra taknak kecewakan abang, izinkan Zahra untuk berundur diri sebelum abang terluka..." - Zahra "Biarkan abang masuk dalam hati sayang, biar abang leraikan rantai yang membelit hati awak supaya abang dapat tunjuk yang hanya Nur Maisarah Azzahra akan menjadi bidadari syurga abang..." - Fateh Adakah takdir telah tertulis buat mereka? Apakah yang akan berlaku? Bolehkah Fateh membuka pintu hati Nur Maisarah Azzahra untuk mengenali apa itu cinta? Start: 24 September 2024 End: 1 September 2025
Bunga Dan Kumbang by qiehotz-
26 parts Complete
Status | Completed | Unedited Dia merungut sambil mengeluarkan kata-kata kasar kepada si jejaka idaman para gadis itu. Jejaka yang digilai ramai pelajar perempuan di sekolahnya. Ketua pengawas sekolah yang amat tegas dan amat mementingkan masa. Padanya masa adalah emas. Tapi tidak pada si gadis idaman para jejaka. Dia cantik, sopan, tetapi tidak dapat dipisahkan daripada perkataan kesat seperti carutan, tetapi mencarut apabila terlalu geram dan marah gila, dia juga seorang yang lemah lembut orangnya tetapi perangainya yang suka bangun lambat itu amat tidak disukai kedua orang tuanya termasuk abangnya. Mama dan papanya pula adalah orang yang paling sibuk di dunia. Papanya yang selalu sibuk dengan Syarikat manakala mamanya yang sibuk dengan butik. Abangnya pula sibuk dengan membantu papanya menguruskan hal-hal Syarikat. "Eee aku rasa macam nak sepak terajang je bontot mamat tu. Aku baru lewat dua minit pun dah kena denda. Apa semua ni?" - Syaziqah "Denda kau cuci semua female toilet dekat block D tingkat satu dan dua. Tiada bantahan dan tiada penyesalan. Aku taknak dengar alasan kau. Now!" - Farhan Sedingin-dingin dan setegas-tegas si jejaka masih juga ada rasa simpati dan kesian pada si gadis itu. Tetapi apakan daya? Seronok pula rasanya. Lagipula itu memang denda yang setimpal bagi pelajar yang suka datang lambat. Mereka berdua mempunyai kisah silam. Sudah mengenali sejak daripada kecil tetapi si gadis tidak mempunyai memori tentang kehidupan masa kecilnya. Apakah yang akan terjadi kepada hubungan mereka? Readers information: Buku ni belum di edit so read with your own risk. Mula: 271119 Tamat: 280220
Inara Amanda | C by ainelaaa
56 parts Complete
↳ KARYA KEDUA Inara Amanda adalah wanita yang memendam perasaan terhadap seorang jejaka buat bertahun-tahunnya. Kewujudannya tidak pernah disedari oleh lelaki tersebut sehinggalah.. "Hi! Nama siapa? Nak berkenalan boleh?" - AIDEEN Detik yang dilalui bagaikan mimpi sehinggakan dia selalu berharap agar dia tidak terjaga dari mimpi yang indah ini. Hari demi hari, layanan Aideen terhadap dirinya menguatkan lagi rasa cinta meskipun dia tidak meletakkan harapan yang tinggi agar Aideen turut membalas perasaannya. Satu kenyataan terbongkar, merobek jiwanya. Air mata jatuh tanpa diseka tetapi lelaki itu seolah-olah bangga dengan apa yang dibuat. "Awak tipu saya Aideen.." - INARA "Apa yang jadi dekat awak dah tak ada kaitan dengan saya." - AIDEEN Sakit. Itu yang dia rasakan apabila dikhianati sehingga dia rasa, mencintai Aideen adalah satu kesilapan yang terbesar dia pernah buat dalam hidup. Saban hari, dia mencuba untuk melupakan lelaki tersebut tetapi entah mengapa begitu sukar sekali. Muncul pula orang lain, menagih kasih yang bertapa di hati. Muncul pula Aideen, menuntut kemaafan, menyesali apa yang telah terjadi. "Saya minta maaf Ara. Saya menyesal.." - AIDEEN Lelah dia mencuba. Namun entah mengapa rasa benci tidak pernah singgah dalam diri. Rasa cinta dan sayang ternyata tidak pernah terhakis dalam diri buat jejaka bernama Aideen Haidar. "Awak kejam Aideen. Sepatutnya saya benci awak tapi mengapa rasa benci tu tak pernah singgah walaupun sesaat meskipun dah banyak kali saya cuba?" - INARA Akhirnya, ikatan terjalin. Namun, alur hidupnya tak selalu indah. Satu persatu dugaan mula datang menghentam diri menyebabkan pengorbanan terpaksa dilakukan yang akhirnya hanya melukakan dua hati dek kerana ingin menyelamatkan dua jiwa. "Saya sanggup buat apa saja asalkan awak berhenti ganggu diorang..." - INARA "Leave him and be with me." - ? Inara dan Aideen, tunduk pada takdir. Sama ada takdir yang mempunyai penamat yang diinginkan ataupun sebaliknya.
Terima Kasih Suamiku {Completed} by AmelAlana
33 parts Complete
Sebuah mini novel yang sangat santai dan sesuai untuk menjadi bahan bacaan kepada semua pembaca yang dikasihi.. Naurah.. seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang sangat tegas. Seseoarang yang sangat sukar untuk jatuh cinta. "Hai Naurah.." "Saya tak kenal awak.. mana tau nama saya?" "Saya dah lama kenal awak Naurah.." "Tapi saya tak kenal awak.." aku berkata dengan tegas. Jangan-jangan lelaki ini cuba untuk menipu dia. Yalah kan.. tengok daripada rupa lelaki itu sahaja dia boleh tahu lelaki itu sebenarnya playboy. Muka handsome macam Lee Min Ho! Pertemuan yang tidak dijangka. Siapa sangka Naurah yang dulunya sukar untuk jatuh cinta akhirnya kalah pada seorang lelaki yang menolongnya ketika satu kemalangan kecil yang menimpa Naurah. Bila hati sudah mula berputik.. malangnya lelaki itu pula menghilang. Beberapa tahun berlalu.. wajah itu tidak pernah padam daripada ingatan Naurah. Dan.. hati perempuannya mula terusik apabila dia bertemu semula dengan lelaki itu dan lagi haru bila lelaki itu menjadi rakan partnernya dalam menguruskan sebuah projek besar. Adakah cinta itu akan hadir semula? Bagaimana pula keadaan Naurah bila tiba-tiba Tuk Ayah menjodohkan dia dengan saudara terdekat yang merupakan seorang lelaki playboy kelas satu? Siapa yang dia harapkan? Apa yang terjadi seterusnya? "Hujung minggu ni, umi dan abah datang merisik awak." Hah? Aku terkedu, terkejut, terkaku dan terkesima. Rasa nak terjun dari bangunan untuk membuktikan sama ada aku tengah bermimpi ke atau pun semua ini sememangnya satu realiti. Terima Kasih Suamiku..
Kau Lupa Janji [C] by Marleneith
29 parts Complete
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siapa si pemasangnya, yang pasti akan Qays cari sampai jumpa. APRIL ISABELLE Si arkitek muda yang dianggap pembawa tuah kepada syarikat. Tidak tahu dimana silapnya, dia menjadi buah mulut staf yang mengatakan dia gadis liar suka menangguk di air yang keruh. Sedangkan April tidak liar seperti yang diperkatakan. "Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?!" "Saya berani bersumpah saya tak tahu siapa yang buat kita macam ni!" Tidak pasal Qays menuduh April dalang atas apa yang terjadi. Di mata lelaki itu, April hanya seorang perempuan yang terdesak mahukan hartanya saja. Disebabkan itu, dia bertindak meragut kesucian April tanpa belas kasihan. "Puas aku tengok hidup kau berantakan macamni Qays..." "Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!" Malangnya, April sudah pergi jauh dari gapaian Qays. Semakin serabut lelaki itu dibuatnya. Pandai pula April menghilangkan jejak sehingga tiada siapa berjaya menemukan dia. Atau... Sesuatu terjadi pada wanita itu? "I Hanania, tunang Qays Jareed" "Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..." "Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?" "Berpuluh ribu anak kat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!" "Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang" __________________ Aku selalu memikirkan masa depan, Antara kita berdua hidup bersama, Namun setiap kali ku zahirkan hasrat hati, Kau pintaku memutuskan perhubungan. Mudahnya, kau lupa pada janji... Kau lupa janji.
Bidadara Dalam Hati© by haniswrite
86 parts Complete
﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila sekali diuji dengan kisah cinta palsu, dirinya kembali tersungkur, tidak berdaya menjadi segagah dirinya yang dahulu. Haira turut mempunyai latar belakang yang tidak seindah yang dibayangkan. Haira akur dengan ketentuan Ilahi. Dia manusia dan hamba yang biasa dan tak mampu mengubah apa-apa. "Lepaskan aku, Ariq! Kau dah melampau!" - Haira Jannah. "Kau takkan mampu bangun. Sekali kau jatuh dalam jerat aku, kau takkan boleh bebas." - Ariq Zayyan. Haira percaya akan dirinya yang mampu bertahan dengan ujian itu. Tatkala semua orang tidak mempercayai dirinya, Haira jatuh terduduk dengan tangan yang tak bersambut. "Aku jijik dengan kau, kau bukan adik aku lagi. Dasar pelacur!" - Hairi Raziq Haira hina dimata semua manusia. Namun, kewujudan seorang lelaki mengubah segala persepsi manusia terhadap dirinya. Haira terhutang budi dan nyawa. Lelaki itu menghulurkan tangan. Bagi Haira, hulurannya penuh dengan duri. Andai disambut, berdarah-darah jarinya. Haira goyah. Dia tidak sempurna. Dia ternoda. "Semua manusia tak sempurna, Haira. Silap besar jika lelaki itu menilai wanita dari kisah silam yang penuh dosa andai Allah sentiasa memberi peluang." - Umi Hidayah. Disaat bahagia yang hampir dikecapi. Luka lama kembali membelenggu diri Haira. Adakah dia sekali lagi tersilap langkah saat pintu syurga seakan terbuka? "Demi Allah bersaksikan langit yang penuh dengan bintang, Hud cintakan Haira sepenuh hati." - Hud Jibril. Ini kisah mereka berdua. Penuh lara. Juga bahagia. "If you are reading this story on any other platform other than Wattpad you are very likely to be at risk of a malware attack. If you wish to read this story in it's original, safe, form, please go to www.wattpad/u
TUNKU'S SENORITA [slow update] by irdaina
24 parts Ongoing
[First Story] Ayra Dayana-anak kepada Dato' Azhari Ahmad. Dilahirkan dalam keluarga ternama, dia seorang gadis yang ceria, mesra, dan mudah bergaul. Dengan kulit seputih mutiara dan mata hazel yang redup, dia sentiasa tampak tenang dan penuh pesona. Hidupnya seolah-olah sempurna, dipenuhi kasih sayang dan kebahagiaan. Tapi semua itu hanyalah dusta semata- mata. Dengan hanya satu tragedi telah meranapkan dunianya. Dalam sekelip mata, Ayra Dayana yang periang lenyap. Dia berubah menjadi seorang yang dingin, pendiam, dan menjauhkan diri dari semua orang. Hatinya kosong. Percaya pada manusia? Tidak lagi. Dunia yang dulu terasa indah kini penuh kegelapan. Di saat dia berada di titik terendah, hadir seorang lelaki yang tak dikenali. Kehadirannya aneh, seolah-olah dia sudah lama ada, memerhati dari jauh dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul. Lelaki itu tidak banyak bicara. Namun, tatapan matanya penuh rahsia. Langkahnya sentiasa ada di mana-mana, seakan-akan bayang-bayang yang setia mengekori. "And who is he?" "Dar." Dar? Siapa lelaki itu? Mengapa setiap kali Ayra di dalam waktu kesukaran, dia tetap ada? Adakah dia penyelamat... atau sekadar pemerhati dalam kisah hidup Ayra yang semakin kelam? Dan yang paling penting, apakah rahsia yang dia sembunyikan? Adakah pertemuannya dirancang atau sebaliknya? Siapakah sebenarnya lelaki yang bernama Dar? Dan adakah dia mampu untuk bahagia? ⚠️Maaf kalau banyak kesalahan tatabahasa, saya budak baru belajar ⚠️No copied ⚠️2 pengarang dalam 1 cerita ⚠️Banyak typo this is second account, from TUNKU'S STORY. Please, support us, thank you! Jangan lupa vote jugaa, thank youu!!
You may also like
Slide 1 of 10
DIAN UNTUK DIANDRA |  TERBIT cover
BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT) cover
Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C] cover
My Sweet Heart(Complete) cover
Bunga Dan Kumbang cover
Inara Amanda | C cover
Terima Kasih Suamiku {Completed} cover
Kau Lupa Janji [C] cover
Bidadara Dalam Hati© cover
TUNKU'S SENORITA [slow update] cover

DIAN UNTUK DIANDRA | TERBIT

23 parts Complete Mature

Disebabkan kecewa gadis idaman dimiliki oleh si abang tiri sendiri, tubuh sahabat menjadi korban. Amsyar melafazkan akad nikah buat Diandra bukan kerana cinta tetapi kerana tanggungjawab. Tanggungjawab atas nyawa yang hidup dalam rahim Diandra. Kesilapan lalu menjadi satu titik permulaan untuk beralih dari jalan yang hitam. Dalam diam Diandra rela dengan masjid yang dibina. Biarpun dicela oleh orang sekeliling namun dia redha kerana akhirnya dia menjadi milik Amsyar. Persahabatan yang terjalin sejak kecil membuahkan bibit cinta dalam diri tapi sayang Amsyar buta untuk menyedari cintanya. Tapi bila Amsyar mahu bertanggungjawab terasa bagai mimpi menjadi kenyataan. Disebabkan cinta dan sayang yang menggunung terhadap Amsyar, lautan berapi pun dia sanggup redah tanpa perlu fikir dua tiga kali. "I betul-betul sayangkan you. You nak I ubah penampilan dan perangai I macam Ari pun I sanggup. You nak I buat apa lagi? Buat pembedahan plastik?"- Diandra Hafina. Tetapi bagi Amsyar pula perkahwinan ini makin buat rasa bersalah dalam diri makin bertambah-tambah. Dia sedar yang dirinya cela! Jahil! Macam mana dia nak bimbing isterinya jika dia tiada ilmu di dada? Dia ibaratkan sehelai kertas kotor yang terbang dibawa angin tanpa arah tuju. Buntu! "Aku tiada ilmu di dada Dian. Kau takkan bahagia dengan aku. Aku tak sempurna. Aku bukan seperti lelaki alim di luar sana yang menjadi idaman para wanita. Malah idaman kau! Aku bukan orangnya. You deserve better." - Amsyar Rizal. Namun tak semudah itu untuk seorang wanita mengibar bendera putih. Hatinya mahukan Amsyar. Tak kira walau sekuat mana pun ribut yang mendatang, sekuat mana pun hati Amsyar goyah dia tetap mahukan Amsyar menjadi ayah buat bakal anak-anaknya. "Jangan semudah itu awak mengalah. Berubah Amsyar. Itulah satu-satunya jalan yang awak ada. Pintu taubat sentiasa terbuka."-Diandra Hafina. Berjayakah Amsyar membalas cinta suci Diandra? Ataupun perkahwinan cinta sebelah pihak ini akan tersekat di tengah jalan?