TERTULIS UNTUK KITA
  • Reads 110
  • Votes 13
  • Parts 4
  • Reads 110
  • Votes 13
  • Parts 4
Ongoing, First published Jan 15
Betapa rapuhnya diri tatkala tiada bahu untuk bersandar...

LAILA QAMARI, membesar tanpa dorongan kasih. Dibiarkan terkapai-kapai sendirian tanpa ada tangan yang menyambut. Ibu dan ayahnya mendidik seorang Laila dengan keras dan penuh tegas. Hasilnya, satu-satunya bunga mereka menjadi layu, tiada sinar perasaan dalam dirinya. Setajam apapun onak durinya, Laila Qamari tidak pernah memberontak apalagi membenci ibu ayahnya. Baginya, mereka adalah anugerah terindah dari Illahi.

"Ibu, ayah, Laila sayang kedua-dua syurga Lai... tunggu Lai dekat sana ya?"
---LAILA QAMARI

Kepergian mereka berjaya meretakkan jiwanya yang sedia rapuh. Hampir sahaja berderai hancur. 

KHAIR MATEEN, tenang tetapi ada tegasnya. Tajam tetapi ada lembutnya. Kehadiran jejaka itu perlahan-lahan mengubat lara di hati Laila tanpa menjalin hubungan terlarang.   

"Be strong now because things will get better. It might be stormy now, but it can't rain forever."
---KHAIR MATEEN

Disaat jurang mula merapat, pasti ada semesta yang akan sentiasa menguji.

Tersungkurnya diri Laila apabila satu lagi tragedi hitam menimpanya. Maruahnya tercalar meninggalkan kesan ungu. Mahkotanya yang selama ini dijaga rapi akhirnya tercemar. Hidupnya seakan hilang arah sebelum Khair menariknya dari terus tenggelam dalam arus dunia. 

"Bermulanya detik ini, you are my responsibility. Fii sabilillah."
---KHAIR MATEEN

Laila pasrah. 

Sadisnya, mereka berdua bukanlah kebetulan, malah sebuah suratan takdir yang menyatukan.



''kebahagiaan Laila mungkin bukan disini, kita bina semula disana ya?''



''jika berpisah alam bisa menyatukan, abang rela menunggu hingga dipertemukan.''


‼️dilarang plagiat .

2025, tulipss.
All Rights Reserved
Sign up to add TERTULIS UNTUK KITA to your library and receive updates
or
#384romance
Content Guidelines
You may also like
CINTA MUSIM LURUH [ COMPLETED STORY ]  by IkaSyafiqah1
6 parts Complete
Cover by ShaDhia [ AUNTUMN SHORT STORY CONTEST 2020 BY @CikMimpiOffical ] Subgenre: Fantasy Romance | Mystery Genre: Short Story Qasha Irdina seorang gadis yang ceria dan lasak. Dia bersama kawan-kawannya gemar mendaki hutan. Dia suka akan pemandangan yang hijau dan segar itu. Dia bergerak bersendiri melihat pemandangan hutan yang menyegarkan mata sehingga tanpa dia sedar... dia telah memasuki bukan dunia dia. Dia mencari-cari rakan-rakannya tetapi ternyata usaha dia sia-sia. Jalan keluar juga dia tidak temui. Dia buntu. Sehingga ada terdengar bisikkan... "Hati-hati." Qasha dengar jelas suara itu. Tetapi, tiada seorang pun dia melihat dekat kawasan situ. Qasha tidak berputus asa dia terus berjalan dan bertemu seorang lelaki yang dia terlihat semasa mendaki gunung. Dia sangka lelaki itu manusia dan mengikut pelawaan lelaki itu. Qasha mula selesa di dunia ghaib itu. Segalanya indah baginya dan membuatkan dia berat untuk pulang ke pangkuan ibu dan ayahnya. "Qasha saya cintakan, awak."- Luth Hari semakin hari, bulan berganti bulan. Kemesraan antara Luth dan Qasha membuatkan Qasha jatuh hati pada Luth. Qasha rasa bahagia bersama Luth. "Saya tetap mahu mereka bawa balik anak kita walaupun, hanya tinggal jasad." - Puan Sarimah. "Saya cintakan awak, Luth." - Qasha. Tapi sayang... dunia mereka berbeza. Cinta mereka diuji. Kedatangan bambang membuka mata hati Qasha dan Luth. "Wahai anakku, ketahuilah manusia dan jin tidak boleh bersama."- Tahir Dapatkah Qasha pulang kepangkuan keluarganya? Adakah cinta Luth dan Qasha bersama hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca sampai akhir jika ingin tahu ke sudahan cerita ini. 🚫 Tidak Dibenarkan Plagiat❗ Start: 26.10.2020 End: 27. 10. 2020
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
48 parts Complete
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
76 parts Complete
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
Ustaz Faqih Ruzain by Hashily90
13 parts Ongoing
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya. "Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya- "Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih- "Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya- "Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih- Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.
You may also like
Slide 1 of 10
Dia, Zayn Raffael cover
Mi Cariño cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
GHAZI UQAYL cover
CINTA MUSIM LURUH [ COMPLETED STORY ]  cover
Dia cintaku | SLOW UPDATE | cover
ISTERI SEORANG TENTERA  cover
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  cover
Mawar Alanna | DITUTUP ! cover
Ustaz Faqih Ruzain cover

Dia, Zayn Raffael

52 parts Complete

‼️will UNPUBLISHED soon⚠️ read before 10 Mac