Story cover for BERMULA DARI LAPANGAN TERBANG [O.G] by _jstkserr
BERMULA DARI LAPANGAN TERBANG [O.G]
  • WpView
    Reads 304
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 19
  • WpView
    Reads 304
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 19
Ongoing, First published Jan 16
Book 1

SEBUAH KISAH...

Dari seorang gadis yang hanya ingin mencapai cita-citanya sebagai jururawat di hospital impiannya. Bersama sahabatnya, ia juga ingin mempelajari hidup berdikari tanpa bantuan orang sekeliling.

Ia bermula dengan kisah seorang gadis bertemu dengan seorang jejaka di lapangan terbang yang suka mengusiknya dari tadi.

MEGAT ARYEAN...hanya yang mengetahui identitinya yang sebenar memanggilnya dengan gelaran 'Aryean'. Semua yang tidak berstatus atau tidak mengenalinya bahkan akan merasai ketakutan yang mendalam dan rela menunduk kepadanya.

Akan tetapi tidak dengan PUTRY NADHIRA....dia memandang rendah dan dia bukan siapa-siapa untuk menunduk kepada Aryean. Bahkan dia tidak pernah mahu mengambil tahu tentang jejaka itu ataupun ada hubungan dengannya.

"Kalau awak cakap betul-betul pun ingat saya akan  terima awak? please la saya ni takde masa nak bercinta ke apa, and one more thing do not ever try to get what you never can't have it."-Putry Nadhira

Selamba si gadis itu menjawabnya, sejak berjumpa dengan jejaka itu gadis itu tidak pernah tertarik untuk bersamanya. Tapi benarkah Putry akan hidup tenang apabila jejaka itu tiada?

Di dalam dunia ini tidak ada orang yang tidak menyimpan rasa dendam pada seseorang. Tetapi siapakah yang mengancam nyawa Putry Nadhira sehingga dia perlu menikahi Megat Aryean?

"kau kena percayakan aku Putry Nadhira please? aku janji aku akan protect kau kalau kau terima aku sebagai suami."-Megat Aryean

Dia merayu kepada gadis didepannya tetapi wajahnya masih lagi dingin seperti biasa.

Bolehkah rumah tangga mereka akan kukuh ketika ramai yang ingin membalas dendam kepadanya? Hanya yang tau saja tau.

Namun, lama kelamaan perasaan kasih sayang bercumbuh dari Putry untuk Aryean, dan dia ingin mengenalinya lebih dalam. Mampukah mereka akan bersama sampai ke penghujung? 

Setelah buat kali pertama berjumpa di lapangan terbang mereka sentiasa ada untuk satu sama lain walaupun mereka selalu bergaduh.
All Rights Reserved
Sign up to add BERMULA DARI LAPANGAN TERBANG [O.G] to your library and receive updates
or
#80pertemuan
Content Guidelines
You may also like
OG | Naydeen's Enchantress by AvaaThia
23 parts Ongoing
"Janji kita akan jumpa lagi." "Janji." Janji yang pernah terucap di antara mereka. Orang yang tidak terlalu kenal mereka, pasti berfikir bahawa mereka adalah adik beradik. Elysia Xaviera - Sebaris nama yang selalu meniti di bibir seorang Ryfael Naydeen. Gadis ini dulunya ceria, hidupnya penuh gelak tawa, dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Namun, satu peristiwa hitam di masa remajanya meragut semua itu.Senyumannya, serta pandangannya terhadap lelaki. Baginya, lelaki semua sama, pengkhianat yang hanya tahu mempergunakan wanita demi nafsu. Selepas melangkah keluar dari alam persekolahan, Elysia membawa diri ke Amsterdam dengan niat ingin belajar. Namun, niatnya itu hilang begitu saja. Dia hanyut dalam dunia yang tidak pernah dia bayangkan. Satu dunia yang membuatnya lebih jauh daripada dirinya sendiri. Ryfael Naydeen - Seseorang yang selalu mendoakan pertemuannya dengan sahabat masa kecilnya yang telah berpindah jauh ke bandar lain. Selepas menamatkan pembelajarannya di universiti di The Hague, dia memutuskan untuk menjadi seorang penuliis. Bermula dengan menulis e-buku, menjadi sebuah novel. Dia terkenal dengan karya nya. Tetapi, tiada siapa yang tahu akan paras rupanya di dunia nyata. Selepas beberapa tahun menceburi bidang penulisan, dia memilih untuk membuka sebuah gerai burger di tepi jalan. Dari sebuah gerai, menjadi restoran. Dia kini mampu membuka banyak restoran. Bukan hanya di Malaysia, tetapi di pelbagai negara lagi. "Balik lah pada Allah, dia rindukan kau. Mama rindu dengan Papa rindu kau. Aku pun... rindu kau." Ryfael Naydeen- "Aku... tak boleh. Dunia kita berbeza. Aku dah jauh tersesat dan susah untuk aku keluar dari dunia ni. Ini tempat aku. Baik kau lupakan je la niat kau nak bawa aku balik." Elysia Xaviera- Banyak cabaran yang mereka alami sebelum bersatu. Masing-masing mempunyai ujian yang berbeza dan berat. Mampukah mereka mempertahankan hubungan ini sampai ke hujung hayat mereka? Sejauh manakah hubungan mereka akan kekal?
2 dalam 1  by SyatoMadihah
49 parts Complete
Natya Irdina seorang gadis kampung yang mula bekerja di KL dibawah syarikat King H Buildings sebaik sahaja tamat pelajaran di UM,University Malaya.Natya tekad berpindah demi membantu keluarganya menyara kehidupan mereka yang kurang senang itu. Di sana,Natya menerima banyak bantuan dari kawan karibnya,Waiez.Tidak kurang juga bossnya,tengku dalam membantu Natya tika waktu susah dan senang.Insan yang paling dia hargai semasa berada di KL. Natya juga telah mencuri hati ramai pekerja disebabkan sifatnya yang peramah dah lemah lembut.Sehinggakan boss dan kawannya sendiri, jatuh hati padanya.Malang tidak berbau,Natya sering dicaci,dimaki dan dihina oleh Izara,PA kepada Tengku. Natya juga diuji dengan seorang lagi gadis yang cuba untuk merampas Tengku darinya.Mawar,pekerja yang paling disanjungi ramai. Namun,kisahnya tidak berakhir disitu.Dirinya juga diuji dengan dugaan yang teramat sakit.Sehingga dirinya sendiri tak mampu untuk menahan sakitnya ujian yang diberiNYA.Sanggup Izara menggadaikan nyawa Natya semata-mata ingin Tengku bersama dirinya. Selepas kejadian yang membuatkan dirinya trauma itu.Natya bersetuju dengan cadangan ibunya agar berkahwin sahaja dengan lelaki pilihnya.Dan disitulah 2 orang jejaka itu mula meluahkan perasan mereka. "Natya, i like you and i promise to take care of you till your last breathe" -Waiez- "Natya, I already fall for you.Can you be my lady for the rest of my life?" -Tengku- Siapakah yang akan dipilih oleh Natya? Antara 2 orang jejaka itu yang manakah akan memikat hati Natya sehingga ke pelamin? ⚠️ATTENTION⚠️ ----------------------------- *all ideas come from my own brain🧠 *a lot of typos>>> *don't forget to vote💟
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] by MissBlushing_
80 parts Complete
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia....Jaga an..anak-anak kita bie..."Tangan suaminya digenggam erat. Andai sudah tiba masa aku pergi dari dunia ini..Aku redha ya Allah. -Mia Maisarah- "Jangan cakap macam ni sayang... Bie tahu sayang kuat, please stay with us.."Dari tadi air matanya tak kering-kering. Mengalir deras ibarat paip air yang bocor. -Sayf Aydeen- Kepulangannya ke tanah air selepas 4 tahun berhijrah, menjadi titik permulaan pertemuan Sayf Aydeen dengan seorang gadis. "So...Ganti la balik...Sudah la main langgar sampai tercampak handphone ni.."Mujur masih berfungsi. -Syafa Adreen- "Excuse me, I...." -Sayf Aydeen- Siapa sangka pertemuan yang tak dijangka itu berterusan sehingga mereka berada di bawah satu bumbung yang sama sebagai pekerja dan majikan. "Saya..min..minta maaf encik...." -Syafa Adreen- "Senang je kan? Salah je minta maaf...Mama, sebab ni la Aydeen nak pilih betul-betul babysitter untuk diaorang...Aydeen taknak benda-benda macam ni berlaku...Harini melecur jari, esok-esok apa pula?" -Sayf Aydeen- Namun, siapa mampu menghalang takdir yang telah dicipta. Kehadiran Syafa Adreen dalam rumah itu telah menjadi penyeri buat anak kembarnya. Kasih dan sayang yang gadis itu tumpahkan untuk anak-anaknya tidak terkira. "Siapa yang nak bertanggungjawab dengan hati aku, Reen?"-Sayf Aydeen- "Encik cakap apa ni? Jangan nak main-main.." -Syafa Adreen Apabila cinta mula bersulam dan kasih diterima. Kebenaran terungkap. Hati yang diberikan kepada lelaki itu hancur lumat. Syafa Adreen tak sangka lelaki itu mempermainkan dirinya. Sakit yang berdarah itu sukar untuk disembuhkan. Apa akan terjadi dengan rumah tangga yang dibina?
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook by Mi_Amethyst
32 parts Complete
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mirwan Maliki, hidup Tiara benar-benar bahagia. Terasa dirinya benar-benar disayangi dan dicintai oleh Mirwan. Lelaki itu selalu ada disaat dia memerlukan. Lelaki itu selalu ada melindungi disaat dia dalam kesusahan. Namun siapa sangka, bahagia yang hadir itu, direnggut pergi tanpa Tiara pernah terfikir perkara itu akan berlaku ke atas dirinya. Dikhianati dalam diam oleh kekasih hati, perempuan mana yang kuat untuk menerima? Semakin luka parah hatinya bila Mirwan mengakui sudah mencintai wanita lain dalam diam, dan lelaki yang dicintai sepenuh hati itu akhirnya memilih untuk menikahi wanita lain. Rasa kecewa itu begitu menjerut tangkai hati Tiara. Demi untuk melupakan rasa kecewa, dia bekerja tanpa henti membawa pelancong ke luar negara. Dan pertemuan dengan seorang jejaka ketika dia hadir ke majlis perkahwinan Mirwan, telah menjadi titik permulaan hidupnya sentiasa dipertemukan dengan lelaki tampan itu. 3 bulan mereka tidak berjumpa selepas pertemuan pertama itu. Akhirnya bumi Korea kembali mempertemukan mereka. Arjuna Hanif, seorang juruterbang Malaysia Airlines berpangkat kapten. Lelaki yang pada mulanya bermulut pedas. Namun, bila berdepan dengan Tiara, dia boleh berubah menjadi manis, semanis gula. Tiara mengelak, Arjuna pasti akan mendekat. Satu persamaan antara mereka, dikecewa dan dikhianati oleh orang yang mereka sayang tanpa mereka tahu yang pasangan mereka itu bakal berkahwin antara satu sama lain. Lantas, mereka tak ubah seperti Sugar and Spice. Manis dan pedas, seperti rencah kehidupan yang mereka lalui. Adakah Arjuna dan Tiara memang ditakdirkan untuk bersama? Atau cinta lama Tiara dan Arjuna akan kembali semula kepada mereka suatu hari nanti?
Sesempurnanya Akad Itu by Izsyha_
17 parts Complete
Aireen Aireena,hidup nya dibesarkan dan dilimpahi kemewahan. Aireen Airisya,adiknya ditatang bagai puteri. Tidak pernah terfikir olehnya angkara dendam yang tidak ada kesudahan, Airisya sanggup menikam belakang nya sendiri. Terluka,menangis? Tuhan saja Maha Mengetahui.. Tunang yang dicintai sepenuh hati menduakannya dengan adik sendiri beberapa hari sebelum penyatuan mereka!!! Dengan mata telinga sendiri dia menyaksikan dan mendengar penghinaan dari seseorang yang pernah digelar tunang. Dean Aryan Akasyah, seorang juruterbang yang digilai ramai wanita. Pertembungannya dengan perempuan comel misteri bermata hazel muda itu merubah hidupnya 200%!! Malamnya mula diganggu dengan sepasang mata hazel bundar itu. Hidupnya tidak lagi keruan.Diharap mata hazel itu akan kembali untuknya. "Reen tak kuat abang, Reen dah cintai dia selama ni.. It's almost my wedding day abang, Reen baru tau dia tak jujur dengan Reen abang!!'- Aireen Aireena. "Aku tak kuat, aku sendiri sedang berjuang dalam perjuangan yang kemenangannya belum tentu berpihak pada aku"-Dean Aryan Akasyah. "You touch her, you DIE, she's mine, she's my girl.. You touch what's mine, you DIE!!".-Syed Aysen Altair. "Aku akan pastikan yang kau jadi milik aku sorang je Reen, milik aku sorang!! Takkan ada yang dapat pisahkan kita Reen, kan??'- Tengku Hafiy Arman. "No, she is Sara Inara.. She still my old Sara"- Tuan Megat Iskandar. Ketika sinar kebahagiaan muncul, drama demi drama terlayar di hadapan mata, satu demi satu kebenaran terbongkar. Bila dunia ketamakan mengatasi segalanya lalu meranapkan astana bahagia yang baru terbina, kehadiran Tuan Megat Iskandar ditakuti dan digeruni. Siapa sebenarnya Syed Aysen Altair?? Siapa pula Dean Aryan Akasyah di hati Aireen? Mengapa Hafiy masih tegar menyakitinya?? Siapa pula Sara?? Apa yang menanti mereka semua? Akan terbina kah astana bahagia yang diidam? Akan terciptakah ruang bahagia yang diidam Aireen Aireena pada akhirnya??
SWEET HEARTBREAK (C) by tyracaramel
50 parts Complete
COMPLETED "Apa nama penuh kau?"soal lelaki yang bermata coklat dan berkulit putih kemerahan. "R-Raisha.. Raisha Sabrina.."jawab gadis berbaju kurung biru. "Pelik. Aku tak nak tidur dengan kau tapi aku nak kau. Faham tak?" Lelaki itu menyingsingkan lengan bajunya dan merenung mata gadis berumur awal 20-an itu. Raisha tertunduk takut dan cuba untuk memujuk lelaki di hadapannya itu untuk melepaskan dirinya yang tidak mempunyai apa-apa pun. "Aku Qaiser Harith.. Dan kakak kau dah serahkan kau pada aku untuk langsaikan hutang dia." Lelaki bernama Qaiser ini tersenyum manis. "Saya tak ada apa-apa.. Saya hanya ada sijil SPM!" Raisha memejamkan matanya serapat yang mungkin apabila Qaiser merapatkan wajahnya pada telinga Raisha. "Aku tak perlukan apa-apa daripada kau.. Melainkan satu perkara." Mata Qaiser mencerlung ke arah wajah Raisha yang sudah jelas ketakutan dengannya. Lebih-lebih lagi jarak mereka yang terlalu rapat sehingga Qaiser dapat mendengar deruan nafas Raisha. "Musnahkan perkahwinan aku." Permintaan yang tak masuk akal langsung! Raisha terpempan apabila mendengar permintaan lelaki tersebut. Namun,dirinya kembali diselubungi perasaan takut apabila ugutan terhadapnya semakin menakutkan apabila didengar. "Kalau kau tak berjaya buat isteri aku minta cerai dengan aku.." Qaiser mengusap perlahan rambut Raisha. "Kau yang akan jadi isteri aku,"bisik Qaiser. Senyuman sinis diberi. Raisha Sabrina sudah terperangkap di dalam hidup Qaiser Harith tanpa menjumpai jalan keluar. Ugutan yang mampu mengacau jiwa dan perasaan Raisha.
MR PRINCE'S PRISONER [complete] by Mi_Amethyst
76 parts Complete Mature
Putra Kim Mikail x Najeeha Sudah jatuh di timpa tangga! Menjadi tawanan penyamun pula! Begitu lah nasib diri seorang janda muda bernama Najeeha. Ingatkan berkahwin dengan lelaki yang di cintai, diri nya boleh hidup bahagia. Rupa-rupa nya semua itu bukanlah seindah yang di sangka bila si suami berkahwin lagi dan dia diceraikan saat si suami melafazkan akad dengan wanita lain. Dapat pulak ibu mertua mulut puaka, lagi la bertambah rasa pedih di dada. Setahun bergelar janda, bekas suami berubah menjadi gila talak. Tapi Najeeha bukan lah perempuan lemah yang akan mudah untuk di pujuk rayu semula. Biarpun dia orang susah, tapi dia ada harga diri. Apa Adam ingat dia kain buruk? Bila masih cantik, pakai, bila dah buruk buang? Dia satu-satu nya anak kampung wanita muda pertama yang menjadi nelayan. Jadi jangan pandang rendah pada kaum wanita. Dia harus akur dengan takdir hidup nya. Dia masih ada nenek dan adik yang perlu di suap mulut mereka. Hidup Najeeha berubah 180 darjah ketika dia sedang menangkap ikan di tengah laut, dia telah menyaksikan satu kejadian pembunuhan yang berlaku di atas sebuah kapal. "May nakakakita sa atin na pumatay ng kriminal kanina, Kim" - Han "Tangkap dia! Huwag mo siyang palayain" - Mr Prince Berjayakah Najeeha melarikan diri? Di saat dia cuba menghidupkan enjin bot, enjin bot pula mati. Geng penyamun pula sudah berdesup-desup terjun ke dalam bot kecil mahu mengejar nya. Dan Najeeha terus menjadi tawanan dalam kapal besar itu selama 14 hari lamanya. "Ni bukan tempat saya! Lepaskan saya!" - Najeeha "Kau akan jadi tawanan aku selama-lamanya" - Mr Prince "Kenapa awak kejam sangat?" - Najeeha "Dahil Mahal Kita, Jeeha.. " - Mr Prince Pertemuan ini telah membibitkan rasa cinta pandang pertama dalam hati Mr Prince, putera raja Kepulauan Kristal. Benarkah wujud nya Kepulauan Kristal? Yang di perintah oleh seorang Raja yang tidak pernah di ketahui pun kewujudan nya? ▶️Karya adalah 100% idea asal penulis sendiri Mi_Amethyst
You may also like
Slide 1 of 10
OG | Naydeen's Enchantress cover
2 dalam 1  cover
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] cover
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook cover
JEJAKA NERD ✔️ cover
Sesempurnanya Akad Itu cover
SWEET HEARTBREAK (C) cover
Tainted Love [OG] cover
MR PRINCE'S PRISONER [complete] cover
DIA BUKAN JODOHKU💔 ✅✅ cover

OG | Naydeen's Enchantress

23 parts Ongoing

"Janji kita akan jumpa lagi." "Janji." Janji yang pernah terucap di antara mereka. Orang yang tidak terlalu kenal mereka, pasti berfikir bahawa mereka adalah adik beradik. Elysia Xaviera - Sebaris nama yang selalu meniti di bibir seorang Ryfael Naydeen. Gadis ini dulunya ceria, hidupnya penuh gelak tawa, dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Namun, satu peristiwa hitam di masa remajanya meragut semua itu.Senyumannya, serta pandangannya terhadap lelaki. Baginya, lelaki semua sama, pengkhianat yang hanya tahu mempergunakan wanita demi nafsu. Selepas melangkah keluar dari alam persekolahan, Elysia membawa diri ke Amsterdam dengan niat ingin belajar. Namun, niatnya itu hilang begitu saja. Dia hanyut dalam dunia yang tidak pernah dia bayangkan. Satu dunia yang membuatnya lebih jauh daripada dirinya sendiri. Ryfael Naydeen - Seseorang yang selalu mendoakan pertemuannya dengan sahabat masa kecilnya yang telah berpindah jauh ke bandar lain. Selepas menamatkan pembelajarannya di universiti di The Hague, dia memutuskan untuk menjadi seorang penuliis. Bermula dengan menulis e-buku, menjadi sebuah novel. Dia terkenal dengan karya nya. Tetapi, tiada siapa yang tahu akan paras rupanya di dunia nyata. Selepas beberapa tahun menceburi bidang penulisan, dia memilih untuk membuka sebuah gerai burger di tepi jalan. Dari sebuah gerai, menjadi restoran. Dia kini mampu membuka banyak restoran. Bukan hanya di Malaysia, tetapi di pelbagai negara lagi. "Balik lah pada Allah, dia rindukan kau. Mama rindu dengan Papa rindu kau. Aku pun... rindu kau." Ryfael Naydeen- "Aku... tak boleh. Dunia kita berbeza. Aku dah jauh tersesat dan susah untuk aku keluar dari dunia ni. Ini tempat aku. Baik kau lupakan je la niat kau nak bawa aku balik." Elysia Xaviera- Banyak cabaran yang mereka alami sebelum bersatu. Masing-masing mempunyai ujian yang berbeza dan berat. Mampukah mereka mempertahankan hubungan ini sampai ke hujung hayat mereka? Sejauh manakah hubungan mereka akan kekal?