𝗡𝗮𝘆𝗹𝗮 𝗦𝗵𝗲𝗶𝘇𝗮 𝗔𝗹-𝗙𝗮𝗵𝗮𝗱, seorang gadis keras kepala, dan sukar ditebak, sering dianggap manja kerana selalu mendapat apa yang dia inginkan.
𝗘𝗺𝗶𝗿𝗵𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗸𝗲𝗲𝗺 𝗔𝗹-𝗞𝗵𝗮𝘇𝗲𝗻, seorang lelaki tentera yang tegas tetapi penyayang. Emirhan yang tenang dan sabar sering kali menjadi sasaran amarah dan sikap sombong Nayla.
"𝙄'𝙢 𝙣𝙤𝙩 𝙞𝙣𝙩𝙚𝙧𝙚𝙨𝙩𝙚𝙙 𝙞𝙣 𝙢𝙞𝙡𝙞𝙩𝙖𝙧𝙮 𝙢𝙚𝙣,"- Nayla Sheiza Al-Fahad
"𝘼𝙬𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙝 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙧𝙚𝙨𝙚𝙖𝙧𝙘𝙝 𝙠𝙚 𝙥𝙖𝙨𝙖𝙡 𝙨𝙖𝙮𝙖?"- Emirhan Hakeem Al-Khazen
Nayla tidak tahu bahawa Emirhan bukan sekadar lelaki biasa yang kebetulan muncul dalam hidupnya. Dialah lelaki yang pernah menyelamatkannya Nayla kerana satu peristiwa yang hampir meragut nyawa Nayla di masa lalu. Walaupun Nayla tidak pernah menyedari penyelamatnya adalah Emirhan, lelaki itu kini muncul semula, bukan hanya untuk melindunginya, tetapi juga untuk mengubah persepsi Nayla tentang cinta dan takdir.
Ketika keluarga mereka mula merancang untuk menjodohkan mereka, Nayla terperangkap antara rasa benci terhadap Emirhan yang suka mengusiknya dan perasaan pelik yang perlahan-lahan tumbuh di hatinya. Dalam masa yang sama, ancaman dari masa silam kembali menghantui Nayla, membuatkan Emirhan semakin yakin bahawa tanggungjawabnya bukan hanya melindungi Nayla, tetapi memastikan dia tidak kehilangan gadis itu buat selamanya.
"𝙄 𝙬𝙤𝙣'𝙩 𝙡𝙚𝙩 𝙖𝙣𝙮𝙩𝙝𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙖𝙥𝙥𝙚𝙣 𝙩𝙤 𝙮𝙤𝙪 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣, 𝙉𝙖𝙮𝙡𝙖,"- Emirhan Hakeem Al-Khazen
Mampukah Nayla menerima lelaki yang dianggapnya "sok cool" itu dalam hidupnya? Dan sejauh mana Emirhan sanggup berkorban demi gadis yang mencuri hatinya tanpa sedar?
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧
Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose.
Tidak mahu menumpang kebahagiaan dalam penderitaan orang lain. Wanita itu hanya berserah kepada Nya. Kebahagiaannya kin terletak pada seorang insan yang kecil hadir menerbitkan jiwa seorang ibu.
Haqqim. Nama yang sentiasa menjadi penyeri hidupnya.
"Kau nak keluar dari rumah ni?" - MUHAMMAD ZAYRAN
"Saya taknak." - NUREEN RAUDHAH
"Kenapa taknak. Kalau kau keluar, kau boleh hidup bebas." - MUHAMMAD ZAYRAN
"Saya taknak anak saya dihina." - NUREEN RAUDHAH
Muhammad Zayran, siapa tidak kenal lelaki yang tampan dan kaya. Tak cukup menjadi anak seorang Tan Sri, lelaki itu juga menguruskan sebuah hotel yang besar. Namun, pertemuan mereka tidaklah seindah mana. Zayran memandangnya begitu hina.
"Kahwin dengan aku. Then, keluar daripada Ainul Sumayyah." - MUHAMMAD ZAYRAN
"Kenapa Tuan beria sangat minta saya keluar daripada sini? Hina sangatkah saya sampai Tuan taknak tengok muka saya?" - NUREEN RAUDHAH
"Aku tak pernah kata kau hina. Aku cuma kesiankan Rose, selagi kau ada di sini... Rose takkan berhenti tolong kau, kau kena sedar diri dengan apa yang kau buat selama ni." - MUHAMMAD ZAYRAN
⚠️ No Plagiarism Allowed!