Di bawah langit kelabu dan deruan hujan yang membasahi Kota Lama, Leya dan Ezra ditemukan oleh takdir melalui sebuah buku. Buku itu bukan sekadar helaian cerita biasa, tetapi menyimpan rahsia masa lalu dan kunci kepada hubungan yang tidak pernah mereka jangka.
Leya, seorang gadis yang suka menyendiri, menemui sebuah buku di lorong usang yang dipenuhi titisan hujan. Bagi Ezra, buku itu adalah miliknya yang hilang, bersama kenangan yang dia cuba lupakan. Apabila mereka bertemu, hujan bukan lagi sekadar latar-ia menjadi saksi kepada pertembungan dua jiwa yang mencari kepingan kehidupan yang hilang.
Namun, di sebalik hujan dan rahsia buku itu, terselit persoalan: adakah pertemuan ini hanya kebetulan, atau takdir punya rencana lain?
Hujan di Kota Lama menggabungkan elemen emosi, misteri, dan keindahan persahabatan yang perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih mendalam. Sebuah kisah tentang kehilangan, penemuan, dan hujan yang menyembunyikan lebih banyak cerita daripada yang disangka.
Rose, seorang gadis muslim yang taat, bekerja keras di sebuah kafe. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu Leo, seorang anggota kumpulan gelap yang misterius.
Setelah pertemuan yang tidak dijangka, Leo tertarik pada Rose yang penuh ketenangan, sementara Rose merasa terancam dengan kehidupan gelap Leo.
"Auch, sakit." -Rose
"Are you okay?!" -Leo
Leo yang terperangkap dalam dunia gelapnya itu mula meragui pilihannya dan tertanya-tanya apakah ada jalan keluar. Dia mulai mempertimbangkan untuk memeluk Islam, terutama selepas mengenali Rose.
Rose, walaupun mula jatuh cinta pada Leo, berdepan dilema. Apakah dia boleh menerima tentang kehidupan Leo? Kuatkah dia untuk menghadapi pelbagai risiko?
Mampukah Leo dan Rose menghadapi perbezaan dunia mereka, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana takdir?