The Eight Phans

The Eight Phans

  • WpView
    LECTURES 700
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Chapitres 94
WpMetadataReadEn cours d'écriture
WpMetadataNoticeDernière publication mer., avr. 30, 2025
WpInfo
Fiction
Action & Thriller
THE EIGHT PHANS Dalam dunia yang penuh kelicikan, kesetiaan bukan lagi sesuatu yang percuma. Dari luar, Riana kelihatan seperti gadis biasa - pendiam, tenang, dan menyimpan luka lama yang tak pernah sembuh. Namun, takdir membawanya ke ambang sebuah organisasi rahsia yang beroperasi jauh dari pengetahuan orang ramai: The Eight Phans. Mereka bukan sekadar pasukan elit. Mereka adalah barisan terakhir antara keadilan dan kehancuran. Selepas satu insiden ngeri yang hampir meragut nyawanya, Riana diserap masuk ke dalam kumpulan itu dan mula menyesuaikan diri. Misi demi misi membongkar sisi gelap dunia jenayah, dari sindiket dadah hinggalah ke perdagangan organ. Tapi dalam dunia yang penuh tipu daya, siapa sebenarnya kawan... dan siapa musuh dalam bayang? "Kau yakin nak masuk ke dunia ni?" Tengku Danish merenung mata Riana dengan pandangan tajam. "Kalau kau langkahkan kaki hari ini... tak ada jalan untuk patah balik." Riana mengangguk perlahan. "Aku tak cari jalan balik. Aku cuma cari jalan selesai." Bersama Muhaimin - seorang pemandu dan taktikal Eight Phans yang tak pernah serius tapi penuh rahsia - Riana mendekati sisi hidup yang tak pernah dia kenal. Rasa yang mula tumbuh, namun ditenggelami oleh konflik dalam dan bayangan masa silam yang mungkin lebih hitam dari segala-galanya. "Kau selalu tolak orang jauh." Muhaimin berdiri di sisi kereta, matanya tak lepas dari Riana. "Sebab bila aku dekatkan... orang selalu hilang." "Aku tak akan." Riana senyum hambar. "Jangan janji benda kau belum diuji." Ketika satu misi berubah menjadi tragedi peribadi, hubungan pasukan diuji. Dendam mula membara. Dan kebenaran mula muncul sedikit demi sedikit... termasuk rahsia sebenar tentang siapa Riana dahulu. The Eight Phans bukan kisah tentang siapa yang paling kuat - tapi siapa yang sanggup bertahan, bila dunia sekeliling mulai runtuh satu demi satu.
Tous Droits Réservés
Rejoignez la plus grande communauté de conteursObtiens des recommandations personnalisées d'histoires, enregistre tes préférées dans ta bibliothèque, commente et vote pour développer ta communauté.
Illustration

Vous aimerez aussi

  • INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)
  • 𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
  • MAFIA'S POSSESSION [COMPLETE]
  • The Mr. Thaqif Alexander
  • Dragon God:Origin
  • Miss Destroyer (In Editing)
  • IDENTITI : MALAM BULAN BERDARAH
  • CIÙINEAS
  • Eclipse | C

Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."

Plus d’Infos
WpActionLinkDirectives du Contenu