Sky Laryane De Angelis , anak kepada ketua mafia terkenal, hidup dalam kemewahan tetapi sering terasa kekosongan dalam jiwanya. Hidupnya berubah selepas bertemu Muhammad Ghasan Asshauqi, seorang Muslim taat yang tenang dan berprinsip. Hubungan mereka bermula selepas majlis konvokesyen, di mana perbezaan agama dan latar belakang menjadi cabaran terbesar cinta mereka.
"Why do you always go to the mosque?" tanya Sky, ingin tahu.
"I'm a Muslim. That's what we need to do," jawab Asshauqi dengan tenang.
Tertarik dengan keperibadian Asshauqi, Sky mula meminta untuk belajar tentang Islam. "Teach me Islam. I want to learn," pintanya. Asshauqi mengajarnya dengan sabar, dan dari situ, Sky mula memahami hakikat kehidupan sebenar. Sejak itu, dia menjauhkan diri dari Asshauqi untuk fokus mencari kebenaran, tetapi Allah menghantar hidayah kepadanya.
Keputusan Sky untuk memeluk Islam mencetuskan konflik besar dalam keluarganya. Ayahnya, seorang mafia yang tegas, tidak dapat menerima anak perempuannya meninggalkan tradisi keluarga. Ketika Asshauqi datang melamar, situasi menjadi semakin rumit.
"Assalamualaikum. I come here to make your daughter as my wife," kata Asshauqi dengan penuh keberanian.
Ayah Sky menentang keras, tetapi Sky tetap teguh dengan keputusannya. Setelah melalui perbincangan tegang dan penuh emosi, akhirnya keluarga Sky memberi restu dengan syarat yang berat - hubungan keluarga tidak boleh diputuskan.
Dengan restu tersebut, Sky dan Asshauqi disatukan dalam perkahwinan yang suci. Sky kini bukan sahaja seorang isteri, tetapi seorang Muslimah yang teguh, meninggalkan kehidupan gelap keluarganya untuk mencari cahaya kebenaran.
Kisah ini menggambarkan kekuatan cinta, iman, dan pengorbanan, membuktikan bahawa hidayah Allah mampu mengubah kehidupan, walaupun di tengah dunia yang penuh kegelapan.
[Book 2]
Amelia Helena. Gadis selamba yang berterus-terang dengan perasaannya membuatkan Azrul Aqeel menganggap gadis itu menakutkan.
Azrul Aqeel yang jual mahal, akhirnya dipinang oleh keluarga Amelia gara-gara umurnya yang dikategorikan sebagai bujang terlajak oleh abang, kakak dan ipar-duainya.
Sekali ditolak Aqeel, beratus kali Amelia mencuba.
Semakin Aqeel menjauh, semakin Amelia mendekat.
Akhirnya, sebuah ikatan suci terbina walaupun pada awalnya bermula dengan bertepuk sebelah tangan.
"Kau tak patut wujud dalam hidup aku." - Aqeel
"Saya tak akan ganggu hidup awak dah." - Amelia
Namun, untuk mengecapi bahagia juga memerlukan sebuah perjuangan.
Dan tiada perjuangan tanpa rasa sakit.
-
Start: 26 Disember 2024
End: -