Luna Evette, seorang atlet figure skater berbakat, kembali ke arena ais setelah kecederaan lama yang hampir meragut impiannya. Dengan pertandingan daerah yang semakin dekat, Luna berlatih bersungguh-sungguh di private ice rink, tetapi segalanya berubah apabila dia terpaksa berkongsi gelanggang dengan pasukan hoki terkenal.
Di antara pemain hoki itu adalah Ezra Leighton, kapten pasukan yang berbakat tetapi sombong, yang berasal dari keluarga elit dan sering menjadi perhatian media. Setiap pertemuan mereka di atas ais hanya mencetuskan persengketaan, ejekan dan persaingan ego-namun tanpa sedar, setiap konflik itu semakin mendekatkan mereka.
Dalam diam, Ryan, sahabat baik Luna dan rakan sepasukan Ezra, mula menaruh perasaan terhadap Luna. Dia menjadi penyokong setia Luna, tetapi hatinya mula diuji apabila dia melihat bagaimana Ezra dan Luna saling mencabar hingga mencipta 'hubungan' yang sukar dijelaskan.
Di luar gelanggang, Isla, sahabat Luna yang juga seorang speed skater, semakin taksub dengan Ezra tanpa mengetahui bahawa Luna dan lelaki itu saling berbalah di atas ais.
Ketika pertandingan semakin hampir, emosi, tekanan, dan ketidakpastian semakin menebal. Mampukah Luna mencapai impiannya tanpa membiarkan emosinya terganggu oleh Ezra? Atau mungkinkah mereka berdua sebenarnya sedang menuju ke arah perasaan yang lebih dalam tanpa mereka sedari?
Di antara impian, ego, dan perasaan-mampukah mereka mengawal hati masing-masing?