Di era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, seorang pahlawan bernama Jebat terpaksa berhadapan dengan pengkhianatan, kesetiaan, dan dosa masa silam. Setelah membunuh sahabatnya, Tuah, dalam pertempuran sengit yang dipenuhi emosi dan salah faham, Jebat dilanda rasa bersalah yang mendalam. Untuk melarikan diri daripada dosa dan identiti lamanya, Jebat disangka sebagai Tuah, menanggung beban hidup dalam bayangan seorang legenda.
Dihantui oleh roh Tuah dan dibelenggu oleh mimpi ngeri, Jebat menjalani kehidupan sebagai seorang petani yang terasing di sebuah kampung kecil. Namun, apabila keadaan memaksanya meninggalkan tempat persembunyian, Jebat memulakan pengembaraan yang penuh dengan cabaran, rahsia gelap, dan pertemuan dengan musuh yang menguji kekuatan fizikal dan mentalnya.
Dengan bakat istimewa yang dimilikinya, Penumbuk Api Kedurhakaan, dan kris magis bernama Kris Batu Berapi, Jebat harus menghadapi musuh yang berbahaya serta bayang-bayang kesalahan masa lalu yang terus menghantuinya. Adakah Jebat mampu menebus dosa lamanya, atau adakah dia akan jatuh lebih dalam ke lembah kegelapan?
"Jebat" adalah kisah epik yang menggabungkan sejarah, fantasi, dan konflik dalaman, membawa pembaca menyelami dunia yang penuh pengkhianatan, pengorbanan, dan penebusan.
[ COMPLETED ]
Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak mengenali Benjamins? Keluarga mafia terkuat di US dengan legasi paling mewah. Namun di sebalik keluarga tersebut , pelbagai rahsia kotor disimpan. Kerana satu peristiwa, lelaki itu dibawa ke Malaysia bersama bapanya menyebabkan dia yakin bahawa semua penyeksaan bakal terhenti.
" Don't be stupid. You won't be any fun if you're dead. "
Raiz Affan, dia hilang segalanya pada waktu muda menjadikan dia seorang anak yatim piatu kemudian dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya. Satu peristiwa tersebut , cukup membuatkan dia trauma. Malah dia sudah bersumpah untuk membalas dendam kematian ibu bapanya itu. Jika nyawa dia bakal terlibat, dia rela berkorban.
" Aku tak sangka selama ini orang yang aku cari itu engkau. "
Naayla Zahra, seorang gadis yang tidak sedar dia sudah terperangkap dalam bahaya sepanjang hidupnya. Apakah yang bakal dia lakukan apabila mengetahui siapa Ayden Kaiser dan perasaan sebenar Raiz Affan? Dapatkah dia meluahkan perasaan yang lama terpendam sebelum Raiz pergi membalas dendam?
" I thought I could trust you! "
The Hidden King.
" Be mine and I'll treat you like a real Queen. "