SINOPSIS: LELAKI MISTERIUS BERTOPENG BIRU & GADIS BERAMBUT MERAH JAMBU
Dunia Dolly Park yang penuh dengan kecomelan dan keegoan tiba-tiba terbalik apabila seorang lelaki misterius bertopeng biru muncul dalam hidupnya. Lelaki itu tidak lain adalah Kory Char, rakan sekelas yang selalu dianggapnya terlalu santai dan menjengkelkan. Namun, Kory sering menjadi penyelamat dalam momen-momen paling genting, membuatkan Dolly memandangnya dari sudut yang berbeza.
Sementara itu, Dolly yang tergila-gilakan Dylan Kwon, lelaki tampan yang cool, semakin keliru dengan perasaannya sendiri. Layla, rakan baiknya, turut menyimpan rasa terhadap Dylan, tetapi memilih untuk menyembunyikan perasaan itu demi menjaga persahabatan mereka.
Dalam pertemuan semula dengan Ryan, kembar Kory yang bijak dan tenang, serta Nathan, si genius humoris, persahabatan mereka diuji oleh konflik dalaman dan perasaan yang tersembunyi. Neon, dengan gaya rock dan motosikalnya, sentiasa menceriakan suasana, walaupun sering tersalah waktu membuat lawak.
Namun, siapa sebenarnya lelaki misterius bertopeng biru itu? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Kory? Dalam pencarian jawapan, Dolly perlahan-lahan menyedari bahawa cinta dan persahabatan mungkin lebih rumit daripada yang disangkanya.
Adakah Dolly akan mengubah pandangannya terhadap Kory, atau adakah hatinya tetap terpaut pada Dylan? Dan apakah rahsia sebenar di sebalik topeng biru itu?
BAHASA : MELAYU
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba.
Gigabot: Urgh....
BoBoiBoy: Apakah?!!
Sebuah kemalangan menyebabkan BoBoiBoy dan kawan-kawan dihantar ke dunia lain. Dunia fantasi yang magis.
Gopal: Yahoo!!
Saksikan kehidupan mereka di dunia baru. Bagaimana anggota TAPOPS nak cari mereka? Apakah kesudahannya?
Silakan baca
Harap anda suka @MohdIkmalJamal