Kegelapan itu bukan hanya ada di sekelilingku-ia telah menjadi sebahagian daripadaku.
Aku pernah percaya bahawa seni adalah pelarian. Setiap sapuan warna di atas kanvas adalah cara untuk melarikan diri dari realiti yang menyakitkan. Tetapi aku silap. Tidak ada yang dapat menyelamatkanku daripada lelaki itu.
Kael Ardy.
Nama itu bukan sekadar sebuah identiti. Ia adalah penjara.
Dia bukan hanya seorang CEO yang dikenali namun, dia adalah badai yang menghancurkan segala sesuatu yang disentuhnya, termasuk aku.
"You can't escape me, Serene. I see through every wall you build, every lie you tell yourself. You're mine, whether you like it or not."
Aku cuba melawan, cuba melarikan diri. Tetapi bagaimana aku boleh lari daripada seseorang yang tahu segala tentang diriku-setiap rahsia, setiap ketakutan, setiap impian yang aku pendam?
"If you think you own me, Kael, you're wrong. I'll fight you until I have nothing left."
Namun, dalam bayangan obsesinya, ada sesuatu yang lain... sesuatu yang lebih menakutkan daripada kawalannya. Ada kasih sayang yang membunuhku perlahan-lahan, hingga aku tidak lagi tahu apakah aku benar-benar mahu lari-atau aku mahu terus tenggelam dalam kegelapan ini.