Asha Ermalia, seorang pelakon tersohor yang dikenali kerana wataknya sebagai heroin sempurna dalam drama romantik, menjalani kehidupan penuh kemewahan dan sanjungan. Namun, di sebalik imej yang sempurna itu, tersembunyi sisi gelap dirinya-keinginan untuk memiliki segalanya tanpa mempedulikan siapa yang perlu dikorbankan. Apabila ibu bapanya mendesak dia untuk berkahwin dengan Hafiz Amran, jejaka tampan yang sudah bertunang dengan Aizatul Airin, Ermalia enggan menerima kekalahan. Bagi Ermalia, Hafiz bukan sekadar lelaki, tetapi hadiah yang perlu dimenanginya.
Namun, rancangannya berubah menjadi mimpi buruk. Dunia Ermalia terbalik, dan dia dipaksa menjalani kehidupan sebagai watak second lead; watak yang sering tersisih, kecewa, dan terpaksa melepaskan kebahagiaan kepada orang lain.
Ermalia kini berhadapan dengan setiap pahit getir menjadi second lead: terperangkap dalam friendzone, mencintai tanpa berbalas, dihina kerana tipu muslihatnya sendiri, dan akhirnya menyaksikan cinta sejatinya memilih wanita lain. Setiap tujuh pentas membawa kesakitan dan menyedarkan Ermalia bahawa cinta tidak boleh dipaksa, dan kemenangan bukanlah segalanya.
Adakah Ermalia benar-benar mampu melepaskan sikap lamanya dan menjadi heroin dalam kisah hidupnya sendiri-atau mungkinkah dia akan jatuh semula ke dalam perangkap penuh muslihat?
Cerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja ditukarkan dan mungkin 'sidekick characters' sahaja yang menggunakan nama sebenar.
Ada juga watak-watak yang direka untuk menyedapkan jalan cerita.
Ada beberapa jalan cerita yang tidak berkaitan dengan adegan intim adalah adegan sebenar penulis sendiri