Syed Asyraf Al-Muqri, seorang lelaki yang memiliki latar belakang pendidikan agama yang kukuh dan mendalam, selalu berpegang pada prinsip-prinsip yang diajarkan dalam ajaran Islam. Namun, hidupnya berubah apabila dia bertemu dengan Adeline Raisha, seorang wanita yang jauh dari pemahaman tentang agama, bahkan tidak tahu apa-apa tentang ajaran Islam yang menjadi pegangan hidupnya. Dalam pertemuan pertama mereka, Syed Asyraf melihat sesuatu yang berbeza pada Adeline - ketulusan dan kejujurannya yang membuatkan hatinya tertarik. Namun, dia juga tahu bahawa perjalanan ini tidak akan mudah.
Adeline, yang dibesarkan dalam lingkungan yang sangat jauh dari sebarang ajaran agama, merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Dia tidak pernah terdedah dengan nilai-nilai spiritual yang mendalam, dan segala-galanya tentang agama adalah sesuatu yang asing. Namun, ketulusan Syed Asyraf yang penuh dengan kasih sayang dan kesabaran membuka satu babak baru dalam hidupnya. Dalam perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran dan ujian, Syed Asyraf bertekad untuk membimbing Adeline menuju jalan yang lebih terang, sementara Adeline pula berusaha untuk memahami dan menerima kepercayaan yang sangat asing baginya.
Kisah cinta mereka diganggu oleh bekas tunang Syed Asyraf,Aisyah Farhana. Yang penuh hasrat dengki dengan kebahagiaan mereka. Namun Aisyah tidak mengalah. Dia melakukan sesuatu yang tidak dijangka oleh mereka.
Adakah mereka sanggup menerima cabaran ini?
KARYA PERTAMA
Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri.
Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya.
"Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna
-
"Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna
"Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla
Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini?
⚠ cliche
⚠ typo di mana-mana
⚠ DILARANG PLAGIAT
Start - 27/9/2024
End -