Nurisa Amanda, gadis muda berdarah Arab-Melayu, menjalani kehidupan penuh cabaran sebagai anak yatim piatu. Sejak kecil, dia dibesarkan oleh datuknya, Dato' Yakub, seorang pensyarah terkemuka dan pemilik Yas Group, sebuah empayar perniagaan yang kukuh. Namun, ketika Dato' Yakub ingin menyerahkan syarikat itu kepada Nurisa, gadis itu menolak keras kerana tidak ingin terikat dengan dunia perniagaan. Penolakannya membawa kepada tindakan drastik - melarikan diri dari rumah.
Di tengah kebimbangannya, Dato' Yakub menemui harapan melalui rakan seperniagaannya, Ethan Exavior @ Muhammad Adam, seorang lelaki separuh Itali separuh Melayu yang menetap di Malaysia untuk menguruskan perniagaan keluarganya. Di Itali, Ethan adalah pewaris empayar perniagaan Exavior, yang tidak hanya menjalankan resort dan hotel mewah tetapi juga dikaitkan dengan dunia gelap mafia Itali. Khabar angin mengenai masa lalunya yang berbahaya tersebar luas, namun tiada siapa yang berani mencabar lelaki itu secara langsung.
Pertemuan tidak sengaja Ethan dengan Nurisa di sebuah kafe membuatnya terpikat dengan kecantikan dan kelembutan gadis itu. Ketika Ethan mengetahui Nurisa adalah cucu Dato' Yakub yang hilang, dia menawarkan gadis itu tempat tinggal di rumahnya. Walaupun pada awalnya ragu, Nurisa akhirnya menerima setelah didesak oleh keadaan. Namun, semakin lama dia mengenali Ethan, semakin banyak rahsia lelaki itu terbongkar. Ethan yang kelihatan sempurna sebenarnya menyimpan luka dan bayangan masa lalu yang kelam.
Siapakah Ethan sebenarnya? Adakah dia benar-benar lelaki baik hati yang ingin membantu Nurisa, atau adakah dia mempunyai agenda tersembunyi? Apa kaitannya dengan keluarga Nurisa, dan adakah dia sebahagian daripada rencana besar yang bakal mengubah hidup gadis itu?
⚠️ ada banyak kata kasar/kesat.
⚠️ konflik berat.
⚠️ ada aksi ganas dan aksi yang tidak boleh ditiru.
⚠️ dilarang plagiat cerita ini.
Kebijaksanaan pembaca amat saya harapkan sebelum membaca karya saya.
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚
Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana.
Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus!
"Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA
Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta.
"Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID
Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri.
"Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID
"Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA
Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul!
Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya.
"Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid."
⚠️ No Plagiarism Allowed