Story cover for 𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐀𝐬𝐬𝐚𝐬𝐬𝐢𝐧 | SLOW UPDATE by YeenSha_
𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐀𝐬𝐬𝐚𝐬𝐬𝐢𝐧 | SLOW UPDATE
  • WpView
    Reads 274
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 15
  • WpView
    Reads 274
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 15
Ongoing, First published Jan 27
Di dunia itu, semua manusia memiliki satu kelebihan istimewa dalam diri masing-masing iaitu mereka mempunyai kuasa mereka yang tersendiri. Dalam erti kata dalam filem Inggeris, superpower dan magic. Kerana kelebihan itu, pihak istana memutuskan membina sebuah agensi pelindung dunia yang akan melindungi dunia itu dari sebarang ancaman makhluk-makhluk mitos yang nyata wujud. Agensi itu diberi nama Guardians. 

Namun, hanya dia yang tidak mempunyai kelebihan tersebut. Dia tidak mempunyai kuasa seperti orang lain. Disebabkan itu, dia dicemuh dan dipandang rendah oleh masyarakat. Bahkan dari keluarga sendiri. 

Walaupun begitu, dia tetap mendapat gulungan nama 'The Greatest Assassin'. Meskipun dia tidak dapat menjadi seorang Guardian seperti adik beradiknya, dia dapat menjadi seorang pembunuh upahan terbaik bagi sebuah agensi Assassin. Agensi yang bernama Wufeng itu yang melatihnya menjadi seorang manusia yang kuat. 

Tanpa dijangka, dia ditawarkan untuk menyertai satu pasukan Guardians. Saat itu, perasaannya bercampur baur. Sama ada mahu menerima tawaran itu, ataupun mahu tetap setia dengan Wufeng. 

Adakah dia akan menerima tawaran tersebut? Apa rahsia di sebalik wajah dingin tak berperasaan itu?





WARNING! 
-This story contained violence. Read at your own risk.
-100% my idea
-No plagiat/copyright
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐀𝐬𝐬𝐚𝐬𝐬𝐢𝐧 | SLOW UPDATE to your library and receive updates
or
#105assassin
Content Guidelines
You may also like
Memory Season 1 (Complete) by rultrg
137 parts Ongoing Mature
Harv Augard, seorang pemuda luar biasa dengan paras rupa yang memukau dan kekuatan melampaui manusia biasa, menjalani kehidupan yang damai di sebuah desa terpencil bersama keluarganya. Kebahagiaannya dilengkapi oleh Rissa, gadis yang menjadi cinta sejatinya dan bakal menjadi sebahagian hidupnya. Namun, kedamaian itu musnah apabila sebuah fitnah besar dilemparkan ke atas Harv oleh rakan baiknya sendiri, Ozen. Tuduhan itu membawa kehancuran, Harv diusir dari desanya, dicemuh oleh mereka yang pernah memujinya. Dalam keterasingannya, Harv ditemukan oleh seorang lelaki tua misterius yang menyampaikan pesan penuh teka-teki. "Akhirnya kau tiba, Harv Augard. Aku tahu kau penuh persoalan, tapi ia tidak penting sekarang. Ada sesuatu yang lebih besar menantimu. Mereka perlukanmu." - Lelaki tua Dibawa oleh nasihat lelaki tua itu, Harv mendapati dirinya di sebuah dunia yang asing. Kota penuh teknologi canggih, bangunan pencakar langit, dan masyarakat yang beroperasi dengan peraturan yang tidak difahami olehnya. Di dunia baru ini, dia diundang untuk menyertai sebuah organisasi rahsia yang 'membantunya' meneruskan perjalanan hidup dia di dunia baru ini. Namun, rahsia sebenar mula terbongkar ketika Harv menyedari bahawa dia mempunyai hubungan misteri dengan dunia itu. Semakin dia mendekati kebenaran, semakin banyak halangan, keseksaan dan ujian berat yang terpaksa dihadapinya. Dalam perjalanan itu, Harv bukan sahaja mencari tujuan hidupnya tetapi juga memori yang telah hilang kenangan yang mungkin memegang kunci kepada takdirnya. Adakah Harv Augard mampu menerima kebenaran yang bakal mengubah hidupnya selama-lamanya? Sebuah perjalanan epik tentang pengorbanan, kepercayaan, dan mencari jati diri dunia Harv Augard tidak akan pernah sama lagi.
CIÙINEAS by N_mirae
52 parts Complete
Dia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hidupnya. Dia mahu hidup yang aman dan tenang. Itu impian Dayan Khair sejak dia kecil sehingga kini. Kehidupan normal dan biasa. Tetapi ia tidak semudah yang Dayan sangka. Kemunculan seorang demi seorang manusia 'luar biasa' benar-benar mengganggu hidup Dayan. "Tuan, tolong jangan ganggu hidup saya." Mula-mula Ejen Han, atau Raihan. Selepas itu, adik beradiknya pula? "Terima kasih dah buat saya sedar kelayakan saya di sini, doktor." "Fine. Ini kali terakhir. Aku tak nak jumpa kau lagi, Nur." Bagi Dayan, dia hanya lelaki biasa. Tetapi bagi mereka... Dayan luar biasa. Dalam kecohnya Dayan mencari ketenangan, akhirnya... Dia terjebak dalam mimpi ngeri yang tak pernah dia bayangkan. Dia? Menangkap kumpulan jenayah besar, HACKER? Mana mungkin! "Tuan dah libatkan saya dalam misi tuan, jadi nak atau tidak, saya terpaksa bantu tuan sampai selesai barulah hidup saya tenang!" Dia tak pernah terfikir itu perkara yang mudah, tetapi dia tidak sangka, ianya bakal mendera dirinya. "Kenapa awak tak selamatkan dia dulu, Dayan?! Dia lebih penting daripada saya!" Dia rasa mahu menghilang. Tetapi, dia terikat dengan janji. Kusut, serabut. Tetapi dia faham yang dia tidak bersendirian, maka dia teruskan jua apa yang dia sudah mulakan. "Aku tak kisah sebenarnya siapa diri aku, siapa keluarga aku. Biarlah. Sebab aku dah faham, apa aku perlu buat dalam hidup aku." Bagaimana pengakhiran hidup Dayan? Tenang? Atau... sebaliknya? "Dunia cuma perhiasan. Jangan mencari ketenangan abadi di sini, di sini awak diuji, jadi tiada definisi tenang sentiasa dalam hidup awak."
Misi IVTG by TheFnlini
26 parts Complete
IVTG - singkatan 'investigation' ---- Azhad Aakif telah kehilangan ibu bapanya dalam sebuah tragedi ngeri. Lapan tahun kemudian, sahabatnya pula yang pergi mengikuti langkah ibubapanya. Melihatkan sahabat yang dianggap seperti keluarga sendiri dibunuh secara kejam dan tragis, telah menaikkan lagi api amarahnya. Dari saat itu, dia telahpun bertekad untuk mencari dan menjatuhkan hukuman ke atas si pelaku. Tekadnya yang kuat telahpun membawanya ke Bukit Aman, menjadi salah seorang inspektor di sana bersama satu misi yang diberikan nama IVTG. Dia bertemu dengan Aliff Hazmi - seorang pegawai yang telah menjadi rakan sekerjanya dari awal pertemuan lagi, dan Inspektor Zulhilmi - seorang polis bantuan dari Terengganu yang dirasainya amat menjengkelkan. Dalam dia berusaha mencari pembunuh sahabatnya, dia, Aliff dan Hilmi ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan bersiri melibatkan seorang pembunuh handal. Tidak meninggalkan jejak, hanya sticky note misteri sebagai petunjuk. Malah, apa yang lebih dahsyat, perungkaiaan misteri tersebut turut sama membawa Aakif kepada satu pembongkaran yang bakal merubah hidupnya. "Setiap yang hadir, pasti akan pergi. Setiap yang pergi, pasti akan diganti..." - Khairul Mustakim "Kenapa aku jadi polis, ya? Sebab aku nak elakkan perkara sama terjadi pada aku, terjadi pada orang lain." - Aliff Hazmi "Kenapa kau bunuh dia? Apa salah dia dekat kau, hah! Kau tahu tak apa yang aku dan keluarga dia lalui disebabkan kau?" - Azhad Aakif "Aku betul-betul tak nak buat ni Aakif. Tapi kalau kau tetap tak nak lepaskan suspek, maka aku terpaksa lepaskan peluru ni." - Zulhilmi "Maafkan aku..." - Farhan Fahimi Misteri berganti misteri, hinggalah akhirnya tiba penghujung buat segala penderitaan ini. Kebenaran memang menyakitkan. Tetapi akhirnya, apabila kau sedar nanti, percayalah... ia tetap akan memberi kebaikan. It's just the matter of time... ;D-21 ---- - 30% action - 40% thriller/mystery - 15% friendship - 15% motivational
MATA : FAMILY [C] by z_phyrawrr
28 parts Complete
Meta Advance Tactical Agency atau lebih dikenali sebagai MATA merupakan sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar tersebut. Dah nama pun agensi rahsia, sudah semestinya penuh dengan rahsia bukan? "Prestasinya masih belum memuaskan. Saya ayah dia. Saya berhak buat keputusan ke atas dia. Jenny, tambah lagi 10 droid." Hidupnya semata-mata kerana MATA. Semua yang memerhati dibutakan dengan rupa paras, pangkat serta hartanya. Sedarkah mereka bahawa dia tidak bahagia? "Alah, kau ni. Cuba enjoy sikit. Asyik study je. Kalau tak study, latihan. Bila hidup kau ni nak ada warna-warni?" Suatu kejadian mengubah segalanya. Dalam tidak sedar, dia terpaksa 'pergi'. "...Beralih kepada berita seterusnya. Kemalangan mengejut dilaporkan berlaku di jalanraya menuju ke Bangunan Perdana. Kereta yang dinaiki mangsa dilaporkan meletup. Namun, jasad mangsa dilaporkan hilang..." 'Maafkan aku, Ali.' "Akak tolong jalankan sahaja. Akak ada kebenaran saya. Saya ayah dia. Saya tahu apa yang terbaik untuk anak saya." "Kau ikut cakap dia?! Budak tu aset terhebat MATA. Kau lepaskan dia macam tu je?! Kau-" Kata orang, yang pergi takkan mampu kembali. Namun, akan digantikan dengan yang lebih baik. Persoalannya, bagaimana? "Pertandingan?" "Aku tak mampu tanpa IRIS!" "Tunggu! Saya takkan berjaya capai intel tu tanpa bantuan ahli pasukan saya." Kisah lama diungkit semula. Yang disangkakan baik, rupanya syaitan dalam samaran? "Aku.. percayakan kau, Rudy. Jalankan.. protokol gegas." "Hahahahaha. MATA tak macam yang kau fikirkan." "Bagus, Viktor. Kau berjaya tangkap tikus yang cuba nak larikan diri ni." Saksikan pembongkaran setiap persoalan dalam MATA : FAMILY . 'Family? More than just some blood' ꕥꕥꕥ aesthetic cover by @ssyahk 🥰 ꕥꕥꕥ Start : 10/07/2022 End : 06/08/2022 ꕥꕥꕥ Mohon copycat-copycat yang berniat untuk bertandang itu beransur pulang ya. Anda tidak dialu-alukan di sini 😊.
Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓] by _Hxruhito
61 parts Complete
GENRE (FANTASY/ACTION/FRIENDSHIP) [BOOK 3] Alpha. Walaupun hanya sekadar manusia biasa, namun Alpha mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk memimpin kelompok kawanannya. Semakin hari golongan Alpha semakin kurang pengaruhnya dalam kalangan masyarakat. Bahkan ada yang berpendapat bahawa Alpha lemah di mata Guardian. Namun golongan Alpha dari suku kau Kaisu bukanlah sebarang golongan manusia yang boleh di pandang rendah. Merekalah satu-satunya Alpha yang mampu membunuh bahkan menewaskan Guardian khususnya Dark Guardian yang menjadi ancaman Bandar Neon Pride. "Hei, Ez. Apa benda yang kau selalu bawa di dalam beg itu?" Soal Towa yang merupakan salah seorang teman rapat satu daripada suku kaum Alpha Kaisu. Ezrel atau lebih dikenali sebagai Azarael langsung tiada apa-apa idea tentang pedang pusaka keluarganya yang begitu berharga. Hanya sekali hayunan pedangnya, Ezrel dan temannya Towa di kerah untuk memasuki akademi guardian yang sudah dimodenisasikan. Lebih banyak aksi dan kisah persahabatan yang bakal dilalui oleh dua orang rakan baik ini. Namun adakah perbezaan taraf dapat mengukuhkan persahabatan mereka? Dapatkah mereka menawan Dark Guardian yang menjadi musuh ketat mereka? Bakal terjawab dalam Guardian Academy: The Legend of Azarael. STATUS : On-going/slow update/unedited #Segala gambar yang digunakan dalam story ini dikreditkan terus kepada pelukis asalnya. #My original story 💯 #I'm amateur. #Guardian Academy book 3
CAPTAIN ALPHA by nnadiaann
90 parts Complete
Nama Aish Aizzafar bukan sekadar sebutan, tetapi satu legenda dalam dunia ketenteraan. Seorang lelaki yang tidak pernah gentar, tidak pernah tewas, dan tidak pernah membiarkan emosinya menguasai akal. Bagi Aish, dunia ini hanya ada dua perkara-tugas dan kemenangan. Dia bukan lelaki yang mudah didekati. Dingin. Tegas. Fokus. Biar berapa ramai wanita yang menginginkannya, Aish tidak peduli. Dia tidak ada masa untuk perasaan yang dianggapnya sebagai gangguan. "Cinta? Itu hanya kelemahan. Dan kelemahan tidak pernah wujud dalam hidup aku." Setiap misinya sempurna. Setiap langkahnya dikira. Tetapi kali ini, misi berprofil tinggi yang diberikan kepadanya bukan sekadar ujian ketahanan fizikal-tetapi juga ujian jiwa. Musuh yang tidak kelihatan semakin menghampiri, pengkhianatan datang dari arah yang tidak dijangka, dan buat pertama kali dalam hidupnya, Aish terpaksa membuat keputusan yang mungkin akan mengubah segala-galanya. "Aku tak peduli siapa kau. Aku tak peduli siapa yang menghantar kau. Aku hanya ada satu soalan-kau nak hidup, atau mati?" Dalam dunia yang penuh darah dan pengorbanan, tiada ruang untuk kesilapan. Tiada ruang untuk kelemahan. Dan bagi seorang lelaki seperti Aish Aizzafar, tiada ruang untuk kalah. "Aku bukan hero. Aku bukan penyelamat. Aku hanya seorang askar. Dan askar tidak bertanya kenapa. Askar hanya selesaikan misi." Namun, sejauh mana seorang lelaki boleh hidup tanpa perasaan sebelum akhirnya dia mula mempersoalkan... siapa sebenarnya dia di sebalik uniform dan senjata yang selalu digenggamnya?
You may also like
Slide 1 of 9
TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™ cover
Memory Season 1 (Complete) cover
CIÙINEAS cover
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019] cover
Misi IVTG cover
MATA : FAMILY [C] cover
Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓] cover
TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]  cover
CAPTAIN ALPHA cover

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™

117 parts Complete

SILA BACA TALE OF YOUNG PRINCE HASIL KARANGAN AUTHOR BERNAMA LUQMANREEZAL,BARU BACA YANG SIRI BARU NI DAN HARAP MAKLUM ============================ Dunia selepas perang yang berlaku dua tahun lepas,menjadi aman dan para manusia menjalankan kehidupan mereka. Namun kuasa kegelapan tetap tidak akan padam,kemunculan kuasa misteri digelar Fallen menimbulkan tanda tanya. Luqman Al'Reezal remaja berusia 18 tahun,menikmati kehidupan remajanya sebagai pelajar akademi di IFMA. Iron Fist Mentari Academy. Namun kuasa miliknya iaitu Spirit Beast keduanya,kembar Kirin. Razor The Red Lightning,dikatakan The Fallen. Apakah tindakan Luqman untuk menghadapi cabaran ini? Mampukah dia? Apakah tindakan Aminudden untuk membantu saudara kandungnya? Luqman Al'Reezal. "Kuasa aku untuk melindungi orang yang aku sayang,dan juga melawan ancaman kuasa jahat!" Aila Darweez. "Kuasa yang hebat,jika disalah guna..buruk padahnya!" Aminudden Al'Reezal. "Kita adalah adik beradik,tidak salah kita saling memerlukan bantuan antara satu sama lain.." Alia Darweez. "Kuasa umpama api yang sedang marak,jika kita tidak mampu kawal..kita akan terbakar sekali..