Memory Season 1 (Complete)

Memory Season 1 (Complete)

  • WpView
    Reads 760
  • WpVote
    Votes 138
  • WpPart
    Parts 137
WpMetadataReadMatureComplete Sun, Aug 3, 2025
Harv Augard, seorang pemuda biasa dengan paras rupa yang memukau dan kekuatan melampaui manusia biasa, menjalani kehidupan yang damai di sebuah desa terpencil bersama keluarganya. Kebahagiaannya dilengkapi oleh Rissa, gadis yang menjadi cinta sejatinya dan bakal menjadi sebahagian hidupnya. Namun, kedamaian itu musnah apabila sebuah fitnah besar dilemparkan ke atas Harv oleh rakan baiknya sendiri, Ozen. Tuduhan itu membawa kehancuran, Harv diusir dari desanya, dicemuh oleh mereka yang pernah memujinya. Dalam keterasingannya, Harv ditemukan oleh seorang lelaki tua misterius yang menyampaikan pesan penuh teka-teki. "Akhirnya kau tiba, Harv Augard. Aku tahu kau penuh persoalan, tapi ia tidak penting sekarang. Ada sesuatu yang lebih besar menantimu. Mereka perlukanmu." - Lelaki tua Dibawa oleh nasihat lelaki tua itu, Harv mendapati dirinya di sebuah dunia yang asing. Kota penuh teknologi canggih, bangunan pencakar langit, dan masyarakat yang beroperasi dengan peraturan yang tidak difahami olehnya. Di dunia baru ini, dia diundang untuk menyertai sebuah organisasi rahsia yang 'membantunya' meneruskan perjalanan hidup dia di dunia baru ini. Namun, rahsia sebenar mula terbongkar ketika Harv menyedari bahawa dia mempunyai hubungan misteri dengan dunia itu. Semakin dia mendekati kebenaran, semakin banyak halangan, keseksaan dan ujian berat yang terpaksa dihadapinya. Dalam perjalanan itu, Harv bukan sahaja mencari tujuan hidupnya tetapi juga memori yang telah hilang kenangan yang mungkin memegang kunci kepada takdirnya. Adakah Harv Augard mampu menerima kebenaran yang bakal mengubah hidupnya selama-lamanya? Sebuah perjalanan epik tentang pengorbanan, kepercayaan, dan mencari jati diri dunia Harv Augard tidak akan pernah sama lagi.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • TUNKU'S SENORITA [slow update]
  • RAFI PELARIAN DIRAJA
  • CAPTAIN ALPHA
  • Terpadamnya Lilin di Tangga
  • MIEN ESMERAY
  • Rahsia
  • IDENTITI : MALAM BULAN BERDARAH
  • HELLO, KESAYANGAN ! (TERBIT: CINTA AD & FAR)
  • [OG]  Alaskandila

[First Story] Ayra Dayana-anak kepada Dato' Azhari Ahmad. Dilahirkan dalam keluarga ternama, dia seorang gadis yang ceria, mesra, dan mudah bergaul. Dengan kulit seputih mutiara dan mata hazel yang redup, dia sentiasa tampak tenang dan penuh pesona. Hidupnya seolah-olah sempurna, dipenuhi kasih sayang dan kebahagiaan. Tapi semua itu hanyalah dusta semata- mata. Dengan hanya satu tragedi telah meranapkan dunianya. Dalam sekelip mata, Ayra Dayana yang periang lenyap. Dia berubah menjadi seorang yang dingin, pendiam, dan menjauhkan diri dari semua orang. Hatinya kosong. Percaya pada manusia? Tidak lagi. Dunia yang dulu terasa indah kini penuh kegelapan. Di saat dia berada di titik terendah, hadir seorang lelaki yang tak dikenali. Kehadirannya aneh, seolah-olah dia sudah lama ada, memerhati dari jauh dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul. Lelaki itu tidak banyak bicara. Namun, tatapan matanya penuh rahsia. Langkahnya sentiasa ada di mana-mana, seakan-akan bayang-bayang yang setia mengekori. "And who is he?" "Dar." Dar? Siapa lelaki itu? Mengapa setiap kali Ayra di dalam waktu kesukaran, dia tetap ada? Adakah dia penyelamat... atau sekadar pemerhati dalam kisah hidup Ayra yang semakin kelam? Dan yang paling penting, apakah rahsia yang dia sembunyikan? Adakah pertemuannya dirancang atau sebaliknya? Siapakah sebenarnya lelaki yang bernama Dar? Dan adakah dia mampu untuk bahagia? ⚠️Maaf kalau banyak kesalahan tatabahasa, saya budak baru belajar ⚠️No copied ⚠️2 pengarang dalam 1 cerita ⚠️Banyak typo this is second account, from TUNKU'S STORY. Please, support us, thank you! Jangan lupa vote jugaa, thank youu!!

More details
WpActionLinkContent Guidelines