Helena Mikayla Sanchez (✿☉。☉)
Helena atau kerap dipanggil Helen,berasal dari keluarga kaya raya,yang mengusahakan syarikat Elektronik berjaya turun temurun
Selain mengusaha perusahaan Elektronik,keluarga mereka juga mengusahakan pengedaran dan jualan dadah yang menguntungkan berjuta juta ringgit
Helen gadis cantik,kulitnya cerah bersih,rambutnya hitam berkilau mencecah hampir paras pinggang,matanya coklat cerah badannya langsing
Baru sahaja menamatkan diploma jurusan accounting,disuruh untuk belajar selok belok syarikat
Papanya menyuruhnya untuk menghantar barang sementara,mereka pergi ke Thailand untuk menangani beberapa masalah anak syarikat
Sekaligus menarik Helen berkecipung didunia perdadahan dan crime
Hati Helena terpaut dengan satu lelaki yang berinisial N selepas beberapa kali berurusan dengan lelaki itu
Lelaki itu cukup lengkap,Dinginnya ada,Handsome dan sempurna secara pysical,mempunyai siren eyes,mata itu selalu menatap tajam Helen,hidup yang mancung,rambutnya Coklat terang,badannya tegap,dan muscular
Lelaki itu dipenuhi misteri dan auranya gelap dan menakutkan,sekali tengok saja auranya mampu membuat orang menelan ludahnya sendiri
Kebetulan mereka terserempak,berjumpa banyak kali membuatkan hidup mereka dihantui sesama sendiri
"I love you ? Maybe ?" - N
"Maybe ?" - H
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila
Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya.
"Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya-
"Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih-
"Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya-
"Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih-
Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.