Irdina Zahra, seorang Leftenan Komander tentera laut yang tegas, tabah, dan penuh dedikasi, tidak pernah membayangkan bahawa satu hari dia akan bertemu dengan lelaki yang mengubah hidupnya. Amir Rayyan, lelaki pendiam yang bekerja di syarikat milik ayahnya, menyimpan luka mendalam dan trauma yang menghantui setiap langkahnya.
''Kenapa awak selalu menjauh? Apa yang awak takutkan?''- Irdina, Zahra
''Sebab saya rosak, Irdina. Saya tak layak untuk sesiapa, apatah lagi untuk awak,''-Amir rayyan
Saat Irdina menyelami kisah hidup Amir, Dia 3mendapati lelaki itu lebih daripada sekadar pekerja biasa. Ada gelap yang Amir cuba sembunyikan, dan hanya kasih sayang mampu menghapus derita itu. Tetapi, mampukah cinta Irdina menjadi penyembuh luka Amir ketika mereka sendiri terperangkap dalam dunia penuh cabaran?
Antara perjuangan di lautan dan gelora dalam hati, Irdina harus memilih berjuang untuk menyelamatkan lelaki yang patah atau melepaskannya pergi. Dalam kisah ini, cinta bukan sekadar perasaan, tetapi sebuah misi untuk menyembuhkan.