MR BODYGUARD

MR BODYGUARD

  • WpView
    Reads 1,074
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 31
WpMetadataReadMatureComplete Fri, Aug 15, 2025
Darius sanggup mengorbankan segalanya demi Sofea, wanita yang dicintainya. Dia bekerja sebagai bodyguard Sofea, meskipun keputusannya itu menyebabkan dia terpaksa membuang keluarganya sendiri. Namun, kesetiaannya hanya berbalas dengan harapan palsu. Sofea tidak pernah benar-benar mencintainya. Suatu hari, Darius terlibat dalam satu kemalangan tragis dan koma. Ketika Danial, adik kepada Darius, mengetahui bahawa Sofea akan bertunang dengan Johan seorang usahawan berjaya, kemarahannya memuncak. Baginya, pengorbanan Darius tidak seharusnya dibalas dengan pengkhianatan sebegitu. Dengan dendam membara, Danial bersumpah untuk membalas perbuatan Sofea. Namun, dalam perjalanannya menuntut keadilan untuk Darius, kebenaran yang mengejutkan terbongkar! hubungan antara Danial dan Sofea sebenarnya lebih rumit daripada yang disangka. Bagaimana kisah cinta, dendam, dan rahsia ini akan berakhir?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • LAILA HAGIA: ANTARA DENDAM DAN CINTA
  • Terciptanya Engkau Buatku.
  • CINTA DALAM CENGKAMAN
  • SUAMIKU CIKGUKU
  • CINTA YANG TERKUBUR (SHORT STORY)
  • Mentua Aku Sporting
  • The Devil's Wife
  • Cukuplah Cinta Itu

Zareef Ilham, anak kedua dalam keluarga Tan Sri Yusof, ditemui mati di apartmennya dalam keadaan mencurigakan. Mayatnya dikelilingi petunjuk-petunjuk yang membingungkan, tetapi hanya satu nama yang tertulis di atas kertas dalam biliknya, Laila Hagia. Hagia, tunangan Ilham terkejut apabila dituduh sebagai suspek utama dalam kematian lelaki itu. Lebih parah, Nael Hayyan, abang Ilham yang selama ini menetap di London pulang ke Malaysia dengan dendam yang membara. Baginya, Hagia adalah penyebab kematian adiknya. Dia berikrar untuk menjatuhkan hukuman kepada perempuan itu dengan caranya sendiri. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Mereka terpaksa berkahwin, dan itu memberi peluang kepada Nael untuk menyeksa Hagia tanpa belas kasihan. Tetapi semakin lama Nael hidup bersama Hagia, semakin dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perlahan-lahan, dia mula menyedari ada kejanggalan dalam bukti-bukti yang membuatkan Hagia kelihatan bersalah. Saat dia menyiasat lebih dalam, Nael mula sedar bahawa dia telah menjadi alat bagi seseorang yang lebih licik, seseorang yang telah lama merancang kehancuran mereka semua. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. Ilham bukan mati kerana Hagia, tetapi kerana sebuah dendam lama yang ditanam dalam diam. Di saat Nael menemui kebenaran dan menyedari kesalahannya. Setelah sekian lama Nael membalas dendam kepada Hagia, kini dia ingin menjadikannya sebagai satu-satunya wanita dalam hidupnya. Namun, adakah cinta masih ada untuk Nael, atau segalanya sudah terlalu terlambat? Antara Dendam dan Cinta, manakah pengakhirannya?

More details
WpActionLinkContent Guidelines