Adrian Velasco berdiri di tengah hujan, tangan berlumuran darah. Pistol di genggamannya masih berasap, dan lelaki yang dia tembak tadi terbaring kaku di tanah.
Luna menonton dari jauh, tubuhnya menggigil. Dia tahu dia sepatutnya lari, tapi kakinya kaku.
"Kenapa kau masih di sini?" Adrian bertanya, suaranya dingin, tanpa emosi. Dia melangkah ke arahnya, dan setiap langkah itu membuatkan dada Luna semakin sempit.
"Aku... aku tak boleh tinggalkan kau," suara Luna bergetar, air matanya bercampur dengan hujan.
Adrian ketawa kecil, pahit. "Aku dah cakap, Luna. This world... it'll destroy you."
Luna menggenggam erat tangannya. "Kalau itu harga yang aku kena bayar, aku rela."
Adrian berhenti, memandangnya lama. Mata kelabunya penuh dilema. "Kau bodoh."
"Kalau bodoh bermaksud aku pilih kau, biarlah."
Dan malam itu, Luna sedar tak kira apa yang berlaku selepas ini, dia telah melangkah ke dunia Adrian-dunia yang penuh bahaya, kematian, dan cinta yang mungkin akan menghancurkan mereka berdua.
---
Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi orang yang mengenalinya sebagai "Leo".
Medina Nisa Lyora, seorang gadis jelita yang berperwatakan lembut dan ayu. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati orang sekelilingnya. Sifatnya yang periang, juga mampu menghilangkan gusar pada hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ayu dan manis itu, menyimpan seribu satu rahsia yang hanya dia saja ketahui? Dendam yang dibawa perlu dilunaskan.
Start : March 17,2024.
End : January 5, 2025.
✨