Inspektor Iryzan Wazniel Alfaris pernah menjadi bintang yang bersinar dalam pasukan polis. Dia seorang yang bijak, cekap, dan tidak pernah gentar menghadapi bahaya.
Namun, ketika dia sepatutnya berdiri sebagai wira, segala-galanya musnah dalam sekelip mata. Dia difitnah atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya, dituduh sebagai pengkhianat, dan dipaksa menjadi buruan pasukan sendiri.
Dalam usahanya untuk membuktikan kebenaran, dia kehilangan segala-galanya. Kerjayanya, maruahnya, dan yang paling memilukan, keluarganya yang dibunuh secara kejam dalam insiden yang masih diselubungi misteri.
Kini, dengan dendam yang membara di hati dan keinginan yang tak terbendung untuk merungkai kebenaran, Iryzan bergerak dalam bayang-bayang.
Dia bukan lagi seorang pegawai polis yang diangkat sebagai wira. Dia hanyalah seorang lelaki yang ditinggalkan dengan dua pilihan, terus hidup dalam kehancuran atau memburu mereka yang telah menghancurkan hidupnya.
Ketika dendam, pengkhianatan, dan keadilan bertembung, hanya satu perkara yang pasti, arah yang terhenti harus diteruskan, walau dengan darah sebagai ganti.
PUBLISHED!
(GxG) Cerita ni mengisahkan tentang seorang budak sekolah yang hyper active jatuh cinta dengan ketua pengawas yang garang tapi soft spoken. Macam macam moment happy dan tidak happy mereka lalui berama. Adakah merekah akan bersama buat selamanya?
-mencintai seseorang tidak semestinya harus di miliki. Jika jodoh telah menetapkan bahawa akan bersama selamanya, jaga lah hubungan itu bersama- (kihkihkih sekadar ayat saja ii)
----------------------------------------------------------------------
WARNING !!!Cerita ni gxg siapa yang tak suka baca, jangan lah baca ye sayang-
-buat cerita sekadar suka suka jadi ayat tugang langgang sikit hehehe-