"Papa... kau betul-betul balik?"
"Aku janji, aku takkan tinggalkan kau lagi."
Tahun 1995 - Hafiz Zafran, seorang remaja berusia 19 tahun, bertengkar dengan ibu bapanya sebelum dia terjatuh ke dalam ruang masa yang aneh. Apabila dia membuka mata semula, dia berada di tahun 2024-di sebuah dunia yang asing baginya.
Tanpa hala tuju dan keliru, dia hampir dilanggar oleh seorang lelaki muda... yang wajahnya seiras dengan arwah ayahnya.
Tetapi lebih mengejutkan-lelaki itu sebenarnya adalah anaknya sendiri!
"Kau anak aku? Aku baru 19 tahun! Ini mustahil!"
"Aku dah lama tunggu kau, papa..."
Hafiz kini terperangkap di masa depan, cuba memahami takdirnya sebagai seorang ayah kepada Haikal Adam-anak yang tidak pernah dia tahu kewujudannya. Tetapi dunia ini bukan sekadar tentang merindui masa lalu, kerana bayangan gelap sedang menanti kepulangannya.
"Aku adalah kau, Hafiz. Aku adalah kau yang tidak pernah kembali dari masa lalu."
"Dan sekarang, aku akan ambil segalanya daripada kau."
Apabila portal masa kembali terbuka, Hafiz harus membuat pilihan yang akan mengubah segalanya. Adakah dia akan kekal di sisi Haikal dan mengabaikan takdirnya? Atau adakah dia akan kembali ke tahun 1995 dan membina kehidupan yang sepatutnya?
Dan apabila hari perpisahan itu tiba...
"Papa, aku tak nak kehilangan kau lagi..."
"Aku tetap akan ada, Haikal. Aku takkan hilang."
Tetapi adakah janji itu benar?
Atau takdir sudah tertulis dengan cara yang tidak dapat mereka ubah?
Sebuah kisah kasih sayang seorang ayah dan anak merentasi masa, kehilangan, dan pertembungan dengan takdir.
ADAKAH KASIH SEORANG AYAH MAMPU MELAWAN TAKDIR?
🥀Tengku Rayden Albert
Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di sebuah syarikat yang bernama AR's Holding.
🥀Hannah Audia
Seorang gadis yang memiliki senyuman yang manis,ayu dan keras kepala.Dia seorang yang mahir dalam bidang memasak.Memiliki sepasang mata berwarna coklat kehitaman itu menampakkan dia lebih lagi menarik dan cantik.
Satu persatu kebenaran mulai terbongkar selepas mereka berdua berkahwin.Tengku Rayden Albert telah menduakan cinta Hannah Audia.Dia menyeksa fizikal dan mental isterinya sehingga membuatkan Hannah Audia mulai membencinya.
Hari demi hari,bulan berganti bulan,perilaku Tengku Rayden Albert kepada Hannah Audia telah membuatkan Hannah Audia mulai menjauhkan dirinya daripada Tengku Rayden Albert dan mahu memulakan hidup barunya.
Hannah Audia nekad untuk berubah dari semua segi termasuklah hatinya,dia kembali dengan kedinginan yang teramat dalam di hatinya dan dia sudah berjanji dengan dirinya bahawa dia tidak akan menerima kembali 'lelaki' yang telah musnahkan dan hancurkan kehidupannya.
"Maafkan abang sayang.Abang nak betulkan balik keadaan kita berdua.Abang betul-betul menyesal akan apa yang telah abang buat dekat sayang beberapa tahun yang lalu.Tolong,kembali kepada abang semula"
-Tengku Rayden Albert-
"Maaf,perempuan miskin macam saya ni tak layak nak jadi isteri tengku dan berada di sisi tengku.Anggaplah kita berdua sudah tiada jodoh.Berbahagialah dengan pilihan hati tengku yang tengku idamkan selama ini.Saya akan mulai kehidupan baharu saya tanpa tengku."
-Hannah Audia-
Adakah cinta Tengku Rayden Albert akan diterima kembali oleh Hannah Audia setelah apa yang dia buat kepada Hannah Audia?
Adakah mereka berdua akan bersatu kembali?
DILARANG PLAGIAT CERITA SAYA❗❗🚫
NO CIPLAK TOO❗🚫
Start: May 2023
End:?