Azeelia Hanisya pernah percaya cinta pertama itu istimewa. Dia pernah tunggu, pernah berharap sampai dia sedar, tak semua rasa perlu diperjuangkan. Kadang-kadang, sekuat mana pun kau mencuba, kalau bukan kau yang dia nak, kau tetap takkan jadi pilihan. Jadi dia lepaskan. Move on. Hidup macam biasa. Sekarang, sebagai pelajar universiti, cinta bukan lagi satu keutamaan. Fokusnya hanya pada pelajaran, cita-cita, dan kehidupan yang dia bina sendiri. Tapi hidup ini pelik, kan? Bila kau berhenti mencari, sesuatu yang kau fikir dah lama hilang tiba-tiba datang kembali. "Kenapa awak pandang saya macam tu?" - Aryan Huzaifier "Saya tengah fikir... Abang ni jodoh saya ke bukan." - Azeelia Hanisya Pertemuan yang tak dijangka. Perasaan yang dia cuba elak, tapi semakin menghampiri. Azeelia tak tahu sama ada dia sedia untuk jatuh cinta lagi. Tapi satu perkara dia pasti, cinta kali ini datang dengan cara yang berbeza.All Rights Reserved
1 part