"Kau tu isteri aku, kalau bukan aku yang tegur kau, siapa lagi?" Tan Sri Luthman Althif, duda kaya raya yang berhati dingin. Licik, pintar, dan lebih suka merenung daripada bercakap. Tak ada benda yang boleh buat dia gelabah kecuali seorang gadis yang bernama Araisya Ammara. Araisya Ammara, gadis polos dan nakal yang suka menyakat. Idea-idea dia pelik, kadang-kadang tahap luar logik. Tapi dia tetap bijak, seorang yang baru habis Master dan bergelar Dr. Araisya Ammara. Kisah mereka bermula dengan perkahwinan tanpa cinta, tapi Araisya punya mulut tak pernah diam dan Tan Sri Luthman punya ketenangan sentiasa diuji. Seorang dingin, seorang troublemaker. Seorang serius, seorang suka buat hal. Seorang play it cool, seorang suka kacau tak henti. Tapi siapa sangka, si troublemaker ni sebenarnya perlahan-lahan mencairkan hati si Tan Sri yang beku? Araisya tengah gelisah di depan rumah mewah Tan Sri Luthman selepas sah jadi isteri lelaki itu. "Tan Sri... boleh tanya satu soalan?" Luthman memandang malas. "Apa?" "Awak pernah bercinta ke sebelum ni?" Luthman dengan tenang meletakkan tangan ke dalam poket, mata kelabu dia tajam menikam Araisya."Tak." "Eh? Tapi awak kan duda?" Luthman angkat bahu selamba. "Bercerai tak semestinya pernah bercinta." Araisya terkebil-kebil. "Gila deep!" Luthman jalan masuk rumah, Araisya masih blur. Habis tu, perkahwinan dia dengan lelaki ni nak jadi macam mana?! Rekaan semata-mata,tak berminat jangan baca.All Rights Reserved
1 part