~ Sinopsis ~
Mengisahkan Hairy Haider, CEO HX Mall, pusat membeli-belah paling mewah di Malaysia. Walaupun berjaya, Haider menjadi pendiam dan berhati batu selepas kehilangan isteri tercinta, Nalisa Sofia, dalam sebuah kemalangan tragis.
"Tiada siapa pun boleh gantikan Nalisa Sofia dalam hidup Haider!" - Hairy Haider
Sehinggalah mak dan ayahnya mendesaknya untuk berkahwin, memandangkan usianya sudah mencecah 30 tahun. Mereka juga inginkan menantu, dan tidak menghiraukan segala bantahan Haider.
"Tak tak tak, Haider takkan kahwin dengan sesiapa! Mak ayah jangan paksa Haider. Haider dah cakap tak ada sesiapa pun boleh gantikan Nalisa Sofia! TAK ADA!" -Hairy Haiden
Hanna Helina seorang pelayan Cafe Dieera, berasal dari keluarga yang sederhana. Selepas kematian bapanya, dia dibenci oleh ibunya, dimata ibunya, dia hanyalah seorang anak pembawa sial dalam keluarga. Dihina, dimaki, dipukul. Usah disoal, semuanya dia pernah lalui. Dia jugalah yang menjadi pilihan mak ayah Haider untuk dikahwinkan dengan anak mereka. Pertemuannya dengan Hairy Haider penuh dengan cabaran dan kesulitan.
Dengan sikap Haider yang berhati batu itu bolehkah Hanna Helina mencairkannya? Adakah pertemuan mereka dapat membantu Haider melupakan kisah silamnya? Sanggupkah Hanna Helina menjalani kehidupannya dengan lelaki yang tidak pernah melupakan bekas isterinya, Nalisa Sofia?
"Saya dah penat hidup macam ni. Lepaskan saya." -Hanna Helina
~ Dah bace dah sinopsis? Maaf kalau ada kesalahan bahasa. Thank you sudi baca 🌷~
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri,
sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas.
Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti.
Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam.
"Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla
Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam.
"Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar
Start; 19th September 2023
End; 7th November 2023