Story cover for MR HAIDER : FORGET OR LET IT GO (OG) by atiyatya
MR HAIDER : FORGET OR LET IT GO (OG)
  • WpView
    Reads 37,799
  • WpVote
    Votes 2,029
  • WpPart
    Parts 61
  • WpView
    Reads 37,799
  • WpVote
    Votes 2,029
  • WpPart
    Parts 61
Ongoing, First published Jan 31
2 new parts
"Apabila dua hati yang terluka tinggal di bawah satu bumbung, siapa yang akan menyerah terlebih dahulu - dia yang membenci, atau dia yang disakiti?"

Hairy Haider pernah mencintai sepenuh jiwa. Namun selepas kematian isterinya dalam satu tragedi, cintanya mati bersama wanita itu. Yang tinggal hanyalah seorang lelaki dingin, angkuh, dan penuh dendam terhadap dunia.

Dipaksa berkahwin dengan Hanna Helina bukan sesuatu yang dia mahukan. Bagi Haider, gadis itu hanyalah beban yang dipaksa masuk ke dalam hidupnya. Tidak dialu-alukan. Tidak dihargai.

Hanna pula tidak pernah meminta perkahwinan ini. Namun demi keluarga, dia taat. Dia cuba menerima takdir sebagai isteri kepada lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati. Walaupun serumah, mereka tidur berasingan. Bertahun pun tidak, Hanna sudah tahu, cinta bukan sesuatu yang akan mudah dia terima dari lelaki itu.

Namun dia tetap bertahan. Dia percaya, jika terus ikhlas dan sabar, mungkin tembok es yang membeku itu akan cair juga satu hari nanti.

Tapi realitinya tak semudah harapan.
Haider terus menyakiti. Terus mencemuh. Terus membandingkan dirinya dengan arwah yang tidak akan pernah dia kalahkan.

Sementara Hanna berperang dengan air mata setiap malam, Haider pula berperang dengan bayang silamnya sendiri. Dia nampak segala kebaikan Hanna. Dia tahu dia kejam. Tapi terlalu banyak yang dia pendam. Terlalu takut untuk jatuh cinta lagi. Terlalu ego untuk memulakan.

Sehinggalah satu malam yang sunyi, Hanna akhirnya akur pada takdir.

"Saya dah penat hidup macam ni, lepaskan saya."


MR HAIDER : FORGET OR LET IT GO
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add MR HAIDER : FORGET OR LET IT GO (OG) to your library and receive updates
or
#4sad
Content Guidelines
You may also like
SYED AEDEN FAYYADH [C] by jssfiit
80 parts Ongoing Mature
SYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Nadine." Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput. Dia ditinggalkan oleh kekasih hati, pertunangannya dibatalkan dan suami menduakannya. Hati seorang perempuan yang mana tidak sakit bila diperlakukan sebegitu. "Saya tahu awak tak cintakan saya.. Tapi saya nak awak tahu yang saya akan sentiasa tunggu awak.." air matanya mengalir deras. Kejamnya perasaan ketika itu. Mengapa hatinya masih mencintai sedangkan tiada yang mahu menerima perasaan cinta itu? Mengapa hatinya masih gagah walaupun telah dihancurkan? Adakah kesetiaan Sophea akan dibalas dengan kebahagiaan? Mampukah dia tabah menghadapi dugaan didalam corak kehidupannya? Syed Aeden Fayyadh, yang mempunyai pelbagai personaliti. Boleh jadi sisinya berubah menjadi seorang yang dingin berhati batu dan dia juga boleh berubah menjadi seorang yang psiko tanpa perasaan yang kejam. Namun, dalam keadaannya begitu jauh di sudut hatinya telah tersemat satu nama gadis yang dicintai. Sisi lemah lembutnya hanya untuk gadis pujaan itu sahaja. TIADA ORANG LAIN! Akan tetapi, apabila satu persatu rahsia terungkai hatinya mula berubah. Dia tidak lagi menjadi dia, seolah-olah dirasuk seperti menjadi orang lain. Kenyataan tersebut sukar untuk diterima, dia sering menyakiti orang yang berada dengannya tanpa dia sendiri sedar. Akan tetapi segala-galanya berubah apabila si dia memutuskan untuk pergi dari hidup Syed.. Meninggalkannya sendiri tergantung sepi.. "ak- aku perlukan kau.." rayu Syed. "Bukan aku yang kau perlu tapi dia." Mampukah Syed mencari kebahagiaannya walaupun dia sudah melakukan kesilapan yang besar berulang kali? Adakah Syed mempunyai peluang untuk menebus segala kesalahannya?
CINTA TERAKHIR BUAT HANA HUMAIRA | C by Theflwrrynaa_
33 parts Complete
SHORT STORY Mengisahkan dua orang sahabat,iaitu Kaseh Qaisara dan Hana Humaira yang saling menyukai lelaki yang sama iaitu Ian Harriz.Tetapi salah seorang daripada mereka terpaksa mengorbankan demi kebahagiaan si sahabat. "Aku selalu doakan sahabat aku ni bahagia di dunia dan di akhirat."- Hana Humaira. Beberapa tahun kemudian dikejutkan dengan berita yang mengejutkan iaitu si dia dimadukan oleh sahabatnya sendiri. "Aku tak sangka sahabat yang aku anggap macam kakak kandung aku khianati aku.Apa salah aku,Hana Humaira?Sanggup kau rampas suami kawan baik kau sendiri?"- Kaseh Qaisara Saat dia menghadapi masalah,Tengku Khaizel selalu ada bersama dengannya. "Aku sentiasa ada untuk kau,Hana Humaira.Kalau kau masih sayang persahabatan korang,lepaskan Ian pada Kaseh.Kau pun berhak bahagia dengan orang yang kau cinta.Walaupun aku tahu. kau tak pernah cintakan aku,tapi aku nak kau sentiasa dengan aku."- Tengku Khaizel. Akhirnya Hana Humaira mengalah dan mengundurkan diri demi persahabatan mereka dan sekali gus dicerai oleh lelaki pujaan hatinya pada masa dahulu. "Aku ceraikan kau ...."-Ian Harriz. Selepas itu,Hana Humaira membawa diri ke negara jiran kerana menyesal dan malu atas perbuatannya dahulu. Beberapa tahun kemudian,dia terserempak dengan Tengku Khaizel. "Hana Humaira... can we start again,like first time we met?"- Tengku Khaizel. Masihkah ada peluang untuk Hana Humaira mengecapi kebahagian yang diimpikan? START:20/8/2024 END:23/12/2024 STATUS:COMPLETE
Adakah Ini Cinta? | C by Balqis04_
75 parts Complete
First book || Complete Berkahwin atas dasar mahu menutup aib keluarga bagi pihak perempuan? Itu sungguh mengejutkan bagi Haider kerana dirinya kini harus menerima hakikat yang pahit. Kenapa dia yang dipilih untuk mengahwini seorang perempuan yang dipandang penuh dosa, sombong dengan kemewahan. "Kenapa aku yang perlu melakukan semua ini ya Allah? Takdir apakah yang sedang Kau aturkan untukku?" Bagi Tiara, perkahwinan ini adalah peluang baginya untuk mencapai kepuasan. Berkahwin dengan lelaki yang tinggi ilmu agama. Sangat tidak disangka. Namun, apa dia peduli? Baginya, perkahwinan ini hanya memberi kebebasan untuk terus hidup mengikut caranya, kerana dia yakin Haider tidak akan berani menegurnya. Tetapi itu hanyalah angan-angannya semata-mata. "Kau tak ada hak nak tegur aku, pak imam. Kau tu bukan sempurna sangat pun." Kuatkah Haider untuk menghadapi segala ujian ini bersama Tiara, yang tidak pernah habis menguji kesabarannya? Mampukah mereka mengecapi kebahagiaan seperti pasangan lain di luar sana? Ataukah perkahwinan ini hanyalah jalan penuh duri yang tiada akhirnya? Adakah ini cinta yang mereka cari atau sekadar perangkap kehidupan? "Takdir menemukan kita dan meskipun luka mengiringi perjalanan, di sebalik semua ini pasti akan ada kebahagiaan yang tersembunyi." ⚠️⚠️⚠️ Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dari idea saya sendiri, semoga memberi iktibar kepada anda semua❤️ Start : 18/10/2023 End : 17/2/2025 Cover by : PutraRize_
Bahagia Yang Aku Tunggu by saiatieya
72 parts Complete
3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda daripada dia. Tapi dia, langsung tak berminat. KASTURI pula adalah gadis yang cukup manis. Kawan baik kepada adik perempuan Eriq, Elisya Hanim. Sama-sama mengajar disebuah sekolah menengah. Pertemuan Kasturi dengan Eriq Haiyan itu telah menjentik satu perasaan dihatinya. Dia sukakan lelaki itu. "Hanim, kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau ada abang yang kacak?" - KASTURI Sejak dia tahu kewujudan Eriq Haiyan, makin kerap pula Kasturi berkunjung ke rumah Hanim. Semata-mata untuk memikat abang sahabatnya itu. "Aku tak suka kau. Tak payahlah ganggu aku lagi!" -ERIQ HAIYAN. Eriq tu, mulut saja kata tak suka. Tapi hati siapalah yang tahu. Dia masih ragu-ragu dengan perasaannya. Tak mahu gadis itu terlalu berharap, dia buat keputusan untuk menjauh dan kembali semula ke Perth. Kembalinya Eriq ke Perth membuatkan Kasturi terpaksa menerima cadangan Puan Raudah untuk berkahwin dengan abang angkatnya sendiri. Hati memang tak rela. Tapi dia cuba ikhlaskan. Namun, kalau jodoh tak panjang, tak kekal lama. Lagi pula, Kasturi menjadi mangsa dera suaminya. Dua tahun berlalu, Eriq pulang semula ke Malaysia dengan satu impian yang besar. Dia ingin melamar Kasturi. Dia sudah yakin dengan perasaannya. Namun harapannya musnah setelah mengetahui Kasturi sudah berkahwin. Tak apalah. Bukan jodoh dia dengan Kasturi. Niat nak move on terpaksa dibatalkan apabila Kasturi sah bercerai dengan bekas suaminya. Impian Eriq cuma satu. Dia nak Kasturi jadi miliknya. Bila hati Kasturi kembali berpaut padanya, dia gembira. Tapi yang berlaku tak seindah yang dibayangkan. Mampukah Eriq Haiyan dan Kasturi bahagia? Adakah hubungan mereka akan direstui semua orang? Atau akan ada seseorang yang bakal menghancurkan hubungan serta hidup mereka?
TERBIT | Jika Harus Begitu by Jwayara
19 parts Complete Mature
"Cukup lah Khairul! Awak caci saya, awak tuduh saya tanpa soal selidik. Sampai bila awak nak hina saya?" - Putri Darleesa. "Habis apa yang kau buat ni tak melampau?! Jawab aku Putri Darleesa! Salah aku? Salah aku kita terjebak dalam perkahwinan ni? Salah aku?!" - Khairul Firhad. Darleesa dan Khairul. Dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Badai melanda disaat mereka terjebak dalam satu tragedi hitam. Tragedi dimana ikatan perkahwinan terlerai jua atas tuntutan keluarga untuk menutup malu yang terpalit. Darleesa tewas. Sangkaannya tepat. Kehidupannya semakin sengsara apabila Khairul mula mengurungnya di dalam sangkar emas. Kata-kata nista, cacian berserta hinaan tidak pernah lekang dari meniti di bibir lelaki itu. Neraka ciptaan Khairul memberikan Darleesa sejuta rasa derita yang tiada penghujungnya. Beribu kali dia cuba meluluhkan keegoan Khairul, beribu kali juga lelaki itu menjunamkannya ke gelungan paling dalam. "Tapi apa salahnya kalau berikan peluang untuk kenal hati budinya terlebih dahulu?" - Putri Darleesa. "Tak semua perkara boleh dimudahkan. Aku tak nak kau harapkan apa-apa dalam perkahwinan ni. Kita berkahwin bukan atas dasar cinta. Bagi aku perkahwinan tanpa cinta tak menjaminkan apa-apa." - Khairul Firhad. Panas yang disangka ke petang rupanya hujan di tengah hari. Junjungan ego di kepala sudah tertiarap selepas keserasian antara dua hati terpaut utuh. Disaat hati sudah terbuai dengan buaian bahagia, kepulangan Tengku Zetira Natalia membawa seribu ketakutan yang mengejar Darleesa sehingga ke lubang hitam. Masa lalunya kembali menjengah, satu-persatu kebenaran terungkap. "Kalau sebab cinta kau minta untuk dilepaskan, aku takkan mengalah untuk menangi hati kau. Bagi aku peluang sayang... Bagi aku peluang untuk buktikan yang aku layak untuk bersama kau." - Khairul Firhad. Jika harus begitu perjalanan ke mahligai bahagia, masih bertahankah Khairul dan Darleesa sekiranya takdir tidak memihak kepada mereka?
Ma Chérie - My Dear One by tyracaramel
19 parts Ongoing
Kehilangan isteri tercinta pada lima tahun yang lalu cukup membuatkan Haidar Iskandar terseksa. Perpisahan yang berpunca dari manusia yang cukup toksik di dalam keluarganya sendiri. Rasa nak lari. Rasa nak bunuh diri! Haidar Iskandar hampir berputus asa. Namun, pertemuan semula antara Haidar Iskandar dengan Arabella Aisha memberi cahaya baru dalam hidup mereka. Peluang baru untuk mereka teruskan kehidupan bersama. Melayari bahtera baharu yang dibina lebih kukuh berbanding sebelum ini. "Ara, please. Marry me again!" - Haidar Iskandar "Apa jaminan awak yang saya akan selamat dari kakak awak?" - Ara "Saya sanggup bunuh kakak saya sendiri kalau perlu. Itu yang sepatutnya saya buat dari dulu. Saya gagal lindung awak, Ara. But this time.. Please let me protect you." - Haidar Kasih Haidar dipertaruh. Tujuan Arabella mengahwini Haidar kali ini bukan demi cinta semata, malah demi keadilan untuk ibubapanya yang harus diperjuangkan. Rumahtangga yang bakal dibina, Haidar Iskandar sanggup merisikokan nyawanya sendiri walaupun dikhianati. Tetap utuh melawan dunia yang melarang hubungan mereka. Hanya untuk kepentingan sendiri. "Kalau itu hukuman Ara untuk abang, Ara hukumlah abang. Cuma, Ara jangan minta abang lepaskan Ara. Sakit, sayang. Abang tak nak berpisah lagi dengan Ara.." - Haidar Iskandar "Bunuh saya kalau perlu, Haidar. Itu yang mereka nak selama ni. Kill me, Haidar!" - Arabella Aisha Demi cinta dan keadilan, Arabella sanggup menerima segala cemuhan, hinaan dan penderaan dari keluarga mentuanya. Persoalannya, sampai bila Arabella bakal bertahan? Adakah rumahtangga mereka bakal runtuh seperti sebelumnya? "Kau sentuh isteri aku sekali lagi, aku memang tak akan lepaskan kau. Aku bersumpah!" - Haidar Iskandar "Mungkin ini takdir kita." - Arabella Aisha
You may also like
Slide 1 of 10
SYED AEDEN FAYYADH [C] cover
TeenFiction : Hadi & Hana ✓ cover
CINTA TERAKHIR BUAT HANA HUMAIRA | C cover
Adakah Ini Cinta? | C cover
Andai Itu Takdirnya cover
HUZN cover
Bahagia Yang Aku Tunggu cover
THB [Treat Her Better] cover
TERBIT | Jika Harus Begitu cover
Ma Chérie - My Dear One cover

SYED AEDEN FAYYADH [C]

80 parts Ongoing Mature

SYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Nadine." Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput. Dia ditinggalkan oleh kekasih hati, pertunangannya dibatalkan dan suami menduakannya. Hati seorang perempuan yang mana tidak sakit bila diperlakukan sebegitu. "Saya tahu awak tak cintakan saya.. Tapi saya nak awak tahu yang saya akan sentiasa tunggu awak.." air matanya mengalir deras. Kejamnya perasaan ketika itu. Mengapa hatinya masih mencintai sedangkan tiada yang mahu menerima perasaan cinta itu? Mengapa hatinya masih gagah walaupun telah dihancurkan? Adakah kesetiaan Sophea akan dibalas dengan kebahagiaan? Mampukah dia tabah menghadapi dugaan didalam corak kehidupannya? Syed Aeden Fayyadh, yang mempunyai pelbagai personaliti. Boleh jadi sisinya berubah menjadi seorang yang dingin berhati batu dan dia juga boleh berubah menjadi seorang yang psiko tanpa perasaan yang kejam. Namun, dalam keadaannya begitu jauh di sudut hatinya telah tersemat satu nama gadis yang dicintai. Sisi lemah lembutnya hanya untuk gadis pujaan itu sahaja. TIADA ORANG LAIN! Akan tetapi, apabila satu persatu rahsia terungkai hatinya mula berubah. Dia tidak lagi menjadi dia, seolah-olah dirasuk seperti menjadi orang lain. Kenyataan tersebut sukar untuk diterima, dia sering menyakiti orang yang berada dengannya tanpa dia sendiri sedar. Akan tetapi segala-galanya berubah apabila si dia memutuskan untuk pergi dari hidup Syed.. Meninggalkannya sendiri tergantung sepi.. "ak- aku perlukan kau.." rayu Syed. "Bukan aku yang kau perlu tapi dia." Mampukah Syed mencari kebahagiaannya walaupun dia sudah melakukan kesilapan yang besar berulang kali? Adakah Syed mempunyai peluang untuk menebus segala kesalahannya?