watak utama :
- Neyra Mikhaylova
- Damien De Lucca
Setelah beberapa tahun menghilang, Damien, ketua mafia dari organisasi Cassanova, kembali dengan satu niat - memaksa Neyra untuk menerima lamaran perkahwinan. Dia memerlukan seorang pendamping untuk meneruskan kekuasaannya. Namun, Neyra bukan lagi wanita yang sama. Dulu dia hanya seorang yang terjebak dalam dunia gelap ini, tetapi kini dia juga ketua mafia yang berkuasa. Dengan niat membalas dendam terhadap lelaki yang pernah meninggalkannya tanpa kata, dia menerima lamaran itu, tak sangka akan bertemu kembali di tempat yang paling tidak dijangka.
Papa Neyra, yang lebih tahu mengenai dunia gelap ini, memberi syarat - bertahan setahun. Jika Neyra merasa tak mampu hidup berdua dengan Damien, atau balas dendamnya sudah selesai, dia boleh meninggalkan Damien dan kembali ke rumah, meninggalkan lelaki itu dalam keadaan tergila-gilakan. Namun, seiring waktu, perasaan mereka mula berubah. Kedua-duanya semakin takut kehilangan, terperangkap dalam perasaan yang mereka tak jangka, di antara dendam, cinta, dan takdir yang semakin merumitkan hidup mereka.
( spin-off The Hidden Lies. )
Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah
Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem.
Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru.
Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem.
"Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder
Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong!
Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha.
Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka.
Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder.
***
"So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha
"Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder
Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali?
You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah.
Start : 24 may 2024
End : 22 Januari 2025