Ene-Mine Love
  • Reads 76
  • Votes 4
  • Parts 20
  • Reads 76
  • Votes 4
  • Parts 20
Ongoing, First published Feb 01
6 new parts
- π‘±π’Šπ’Œπ’‚ π’„π’Šπ’π’•π’‚ π’•π’Šπ’…π’‚π’Œ π’Žπ’‚π’Žπ’‘π’– π’…π’Šπ’•π’–π’π’Šπ’”, π’Žπ’–π’π’ˆπ’Œπ’Šπ’π’Œπ’‚π’‰ π’Šπ’‚ 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 π’…π’Šπ’π’–π’Œπ’Šπ’”?

Diyari Nufaira percaya setiap lukisan membawa cerita, setiap warna menyimpan emosi. Impiannya adalah menjadi pelukis, tapi realiti tidak seindah kanvas yang dibayangkan. Lukisannya berkali-kali ditolak, namun dia tetap berusaha. Canvas of Dreams adalah peluang yang tak boleh dilepaskannya walau pemiliknya dingin dan sukar diramal.

"Awak tahu tak dah berapa kali saya cuba?" - Diyari Nufaira 

"Banyak kali. Dan semuanya, gagal." - Daiyan Eyash

Daiyan Eyash, pemilik galeri seni yang terkenal, tidak mudah terpengaruh. Bagi dia, seni bukan sekadar hasil tangan tetapi cerminan jiwa. Setiap kali Diyari datang dengan lukisan baru, dia menolak tanpa ragu. Tapi entah kenapa, dia tetap membiarkan gadis itu mencuba lagi.

Pertemuan pertama mereka penuh dengan perbalahan, begitu juga pertemuan kedua. Hinggalah pertemuan ketiga, yang bakal mengubah segalanya. Diyari langsung tak menyangka lelaki yang pernah membuatnya rasa sakit hati adalah orang yang akan menentukan masa depannya. Sedangkan Daiyan, tidak pernah menyangka seseorang yang hampir dia lupakan akan mula mengisi ruang kosong dalam hidupnya.
All Rights Reserved
Sign up to add Ene-Mine Love to your library and receive updates
or
#5art
Content Guidelines
You may also like
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C by fiqalynaaa
73 parts Complete
( spin-off The Hidden Lies. ) Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah. Start : 24 may 2024 End : 22 Januari 2025
UNKNOWN  by CIK_ZALIKHA
45 parts Ongoing
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) by msroses_
41 parts Complete
4th story 🀍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. "Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina "Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi "Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina "No!" - Haris Wafi "Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina "Why not?" - Haris Wafi Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white roses.." - Haris Wafi
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
48 parts Complete
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ָ֢֒𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ Β©wynakim
You may also like
Slide 1 of 9
Radio Chenta | ebook cover
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C cover
UNKNOWN  cover
Mi CariΓ±o cover
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) cover
ISTERI SEORANG TENTERA  cover
Leo's Addiction  | Completed  cover
GHAZI UQAYL cover
cinta pertama cover

Radio Chenta | ebook

5 parts Complete

Orang selalu kata, mencintai tak semestinya memiliki. Dan, Maisya Daniyah merasakan perkara itu tepat mengenai batang hidungnya sendiri. Lama dia memendam rasa, dengan seorang lelaki yang baginya cukup lengkap sempurna. Bekerja di sebuah syarikat di dalam bidang penyiaran, menceriakan hari-hari pendengar itulah kerja seorang Maisya Daniyah yang harinya dihabiskan dengan hanya bekerja di konti. Berjayakah dia dalam misi melupakan lelaki yang dia sukai selama ini? Dr. Asaad Dayyan, lelaki dingin dengan auranya yang tersendiri. Berjaya membuatkan seorang Maisya Daniyah menjadi angau seharian! "Jangan main-main dengan saya ya, Cik Maisya," - Dr. Asaad Dayyan Dipaksa untuk terjerat di dalam sebuah ikatan yang langsung tidak direstui hatinya sendiri menambahkan rasa tawar hatinya terhadap ciptaan Tuhan yang dinamakan wanita. "Belajar cintakan Marissa," - Puan Rohana Entah apa yang merasuk diri, hati lelakinya mula jatuh pada seorang wanita yang baginya aneh namun cukup mempesona. "Doktor rasa saya datang sini nak rawat hati ke nak rawat gigi?" - Maisya Daniyah Namun, berjayakah dia memiliki wanita yang mencuri hatinya itu? Dan, berjayakah Maisya Daniyah dalam misinya sendiri? "Orang selalu kata, jangan bagi harapan kalau tak ada niat nak menyimpan. Jadi, Dr. Asaad tolong simpan hati Dr. tu kalau tak nak kena curi," - Maisya Daniyah