ZAYYAN RIZWAN
Seorang pomen yang hidupnya penuh dengan minyak hitam dan bunyi mesin, hidup dengan cara yang biasa-biasa. Takdir berputar apabila dia bertemu dengan seorang wanita bertatu kecil di lengan kiri, dan sejak saat itu, hidupnya berputar seratus lapan puluh darjah. Dari seorang lelaki biasa, Zayyan naik ke puncak dunia fesyen sebagai model lelaki yang dihujani kemewahan. Kaya, terkenal, dan penuh misteri. Namun, di balik senyuman menawan dan kehidupan glamor, Zayyan menyembunyikan kisah silam yang kelam, sebuah rahsia yang hanya dia tahu, siapa dia sebenar, dan darimana asalnya.
"Aku tak pernah peduli, tapi dia... dia buat aku nak tahu." - ZAYYAN RIZWAN
HARLYN VEE TAN
CEO Nyssalyn Luxe International, lahir dari darah Cina dan Rusia, kecantikannya dingin, keanggunannya tajam. Dia membina empayar tanpa bergantung pada sesiapa, apalagi lelaki, makhluk yang paling dia benci.
Setelah perceraian ibu bapanya, ibunya berkahwin dengan lelaki Islam. Namun, ada sejarah yang dia simpan rapat, sejarah yang terukir di tangan kirinya, tersembunyi di balik tinta yang tidak pernah pudar.
Satu hari, seseorang melihat tatu itu. Dan semuanya mula runtuh.
"I don't need saving, I am the reason storms exist." - Harlyn Vee Tan
Dalam dunia yang penuh dengan ego, tarikan, dan keinginan, Zayyan perlu menghadapi kenyataan bahawa dia tidak boleh lari dari apa yang ditakdirkan untuknya. Gears of Desire adalah perjalanan Zayyan mencari kebenaran di sebalik rahsia yang mengikatnya, dan seorang perempuan yang tak sengaja mengubah seluruh dunia yang dia kenal.
Dengan setiap langkah, Zayyan semakin dekat dengan dunia yang jauh lebih berbahaya dan penuh dengan godaan, tetapi ada satu perkara yang jelas, apabila dua dunia yang berbeza bertembung, tiada siapa yang akan keluar sama seperti mereka yang masuk.
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila
Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya.
"Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya-
"Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih-
"Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya-
"Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih-
Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.