Tengku Aiden : His Ayang [OG]
28 parts Ongoing (slow update)
---
Tengku Aiden Li merupakan seorang lelaki kaya dan berjaya. Sikapnya yang pendiam, baik, sopan, dan sentiasa membuat orang di sekelilingnya berasa selesa menjadikannya seorang yang mudah disenangi.
Dayang Sophia pula ialah seorang gadis yang manis, ceria dan mudah tersenyum. Dia sopan dan menghormati orang lain, namun tidak akan berdiam diri jika dirinya dipandang rendah atau tidak dihormati. Sikapnya boleh berubah secara drastik apabila berdepan dengan orang yang tidak menghargainya.
Pertemuan secara tidak sengaja antara Tengku Aiden dan Dayang telah membuatkan lelaki itu tertarik dengan keperibadian unik gadis tersebut.
Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah Family Mart. Dayang baru sahaja melangkah keluar dari kedai itu sambil memegang semangkuk oden kegemarannya. Secara tiba-tiba, Tengku Aiden yang sedang tergesa-gesa melanggar Dayang, menyebabkan oden itu terlepas dari tangannya dan jatuh ke lantai.
"Uncle! Tengoklah apa yang uncle dah buat pada oden saya! Saya bayar mahal tau, bukannya selalu saya dapat makan benda ni..." Dayang merungut sambil menangis teresak-esak.
"Err... Maaf, saya tak sengaja langgar awak..." balas Tengku Aiden sedikit kekok sambil menggaru belakang lehernya.
"Maaf!? Kasut saya pun dah kotor sebab oden tu. Lepas tu uncle cakap maaf je!?" Dayang terus membebel tanpa henti.
Tengku Aiden membuka dompetnya dan menghulurkan sehelai wang kertas RM50 kepada Dayang. Mata gadis itu membulat melihat jumlahnya.
"Eh, betul ke ni, uncle? Hehe... Susah-susah je. Tak apalah, saya maafkan. Lagipun, uncle tak sengaja kan? Hehe..." katanya sambil tersenyum manja dan mengambil duit itu.
"Jangan panggil saya uncle. Saya masih muda lagi," balas Tengku Aiden, sedikit tersinggung tetapi dalam nada tenang.
Sejak dari detik itu, sesuatu dalam diri Aiden berubah. Buat pertama kalinya, dia rasa ingin mengenali seseorang lebih dalam.
---