Yumi Zhen - Sasasera
  • Reads 921
  • Votes 186
  • Parts 32
  • Reads 921
  • Votes 186
  • Parts 32
Ongoing, First published Feb 02
Dalam dunia ni mana ada orang yang rela hati nak berkahwin dengan lelaki homoseksual bila dah sah-sah tahu yang lelaki tu memang seorang gay dari sebelum kahwin lagi! Gila ke apa?

Tapi berlainan pula dengan kisah Yumi Hamra dan Karl Zhen ini. 

Yumi yang menempah derita ataupun Zhen sememangnya bahagia yang dicari-cari selama ini?

Kalau Yumi tidak tahu siapa Zhen yang sebenarnya, mungkin dia akan gembira untuk berjodohan dengan crush sewaktu zaman remajanya dulu memandangkan dia pun memang masih solo lagi. 

Tapi, hatinya jadi galau bila mengenangkan Zhen yang sudah bernafsu songsang, entah di mana silapnya lelaki yang pernah dia minati dulu boleh tersasar jauh.

Tapi apakan daya seorang Yumi bila takdir telah tertulis yang Zhen adalah jodohnya.

Mereka bukannya kahwin kontrak mahupun kahwin kerana terpaksa. Dua-dua sama rela.

Sangkanya dia mampu bertahan dalam perkahwinan tanpa belaian seorang suami tapi layanan hangat dan sifat Zhen yang sangat penyayang buat dirinya dihimpit rasa ingin memiliki suaminya sepenuhnya, rasa ragu-ragu dibuang demi rasa bahagia yang bertandang. 

Dia jadi seakan lupa hakikat siapa suaminya yang sebenarnya. 

Saat cinta sedang mekar dan diulit bahagia. Kisah gay Zhen kembali menjadi mimpi ngeri Yumi. Zhen yang sesuatu atau Yumi yang ada trust issues?

Bila Satu demi satu bukti terpampang jelas di depan mata. Yumi kian keliru untuk lebih percayakan kata-kata Zhen mahupun bukti yang sudah terang lagi bersuluh akan hakikat sebenar.

Apakah ertinya cinta bila tiada lagi rasa percaya dan apakah akan ada lagi bahagia buat Yumi dan Zhen bila rasa jijik mula menghuni hati Yumi setiap kali menatap wajah dan menerima sentuhan dari Zhen? 

Semuanya bakal terjawab dalam kisah YUMI ZHEN.
All Rights Reserved
Sign up to add Yumi Zhen - Sasasera to your library and receive updates
or
#2ceritaromantik
Content Guidelines
You may also like
SOFEA by itswynaa
34 parts Complete
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
48 parts Complete
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
You may also like
Slide 1 of 10
One Sweet Mistake [TERBIT] cover
Yang Satu  cover
Liliput ✔ cover
SOFEA cover
03 | S Y E D  F U R Q A N cover
1.0 | SEINDAH TAKDIR cover
Anak Perempuan Dato' Pengarah cover
IMAMKU MILIKNYA cover
ISTERI SEORANG TENTERA  cover
Duri di antara kita [ C ]  cover

One Sweet Mistake [TERBIT]

24 parts Complete

Dalam hidup Nur Aileen, masalah dia cuma satu. Aunty Nora. Mak cik kesayangannya itu tak henti-henti aturkan blind date buatnya. Untuk mengelak, Aileen minta Eton yang pandai melukis untuk wujudkan seorang 'boyfriend jadian' untuknya. Tapi tanpa Aileen sangka, suatu hari 'boyfriend jadian' yang tak sepatutnya wujud itu muncul depan mata. Rupanya-rupanya Eton lukis abang tirinya. Aileen rasa nak pitam. Gara-gara kesilapan tak cerdik Eton, Aileen tebalkan muka minta Eimran berlakon jadi teman lelakinya. Tapi entah di mana silapnya, pembohongan Aileen semakin tak terkawal menyebabkan Aileen semakin terikat dengan hubungan palsu dengan Eimran. Berlakon menjadi kekasih palsu Eimran itu tidak susah, yang susahnya bila Eimran itu punya senyuman tipis yang meresahkan dan selamba panggil dia my sweet Aileen. Apabila Eimran ada dalam radius terdekat, jantung Aileen mulan nak melompat sana sini.