Anak kepada seorang dato' yang kaya dan berpengaruh, Elisa Sofia membesar dalam kehidupan mewah tetapi penuh kebebasan. Selepas tamat pengajian, hidupnya dipenuhi dengan keluar bersama rakan-rakan ke kelab malam dan pulang dalam keadaan mabuk, sesuatu yang membuatkan ayahnya bimbang. Kerana risau akan keselamatan dan perangai anak perempuannya, Dato' Muhammad Sing Wong melantik seorang bodyguard peribadi untuk menjaga Elisa Sofia - Muhammad Amsyar Haikal, seorang lelaki dingin, pendiam, dan sangat profesional dalam menjalankan tugasnya. Pada awalnya, Elisa Sofia membenci kehadiran Amsyar. Pelbagai cara dilakukan untuk membuat lelaki itu berhenti daripada menjaga dirinya. Namun semakin dia cuba menjauh, semakin hatinya tidak sedar merindui kehadiran lelaki tersebut. Di sebalik sikap dingin Amsyar, tersimpan trauma masa lalu yang membuatkan dia memilih kerjaya sebagai pelindung. Rahsia tentang keluarganya yang kehilangan ibu dalam tragedi lama menjadikan dia seorang yang memendam perasaan. Antara ego seorang anak dato' dan kesunyian seorang bodyguard, hubungan mereka perlahan-lahan berubah daripada benci kepada sesuatu yang tidak pernah mereka fahami - cinta yang hadir dalam diam.
Detail lengkap