"Antariksa,maksud nama kau angkasa bukan? mengapa kau jadi laksamana pula?" - Bayu Bimantara
"Laut Rukmasara,sebahagian daripada hidup aku Bayu" - Eka Antariksa
Laut yang indah, sebenarnya menyimpan seribu satu kisah yang tidak mampu diungkap melalui kata. Kisah itu hanya tersimpan,tersimpan rapi didalam benak hati manusia. Keselematan perairan selat Rukmasara ada didalam telapak tangannya. Andai ia tergadai,maka maruah bangsa Melayu ternodai,mati ditanah sendiri.
"Melati,entah hidup atau tidak aku selepas ini,janjilah padaku yang kau akan melindungi diri kau dan madrasah ini."
"Janji padaku,kau akan pulang dengan selamat. Pulang ke madrasah ini dan kepangkuanku."
"Beta akan kembalikan kegemilangan empayar Qhori!"
Seorang puteri lahir melihat dunia. Jatuhnya darah Sultanah Umamah nyeri ke lantai istana hampir mangkat demi memberi sirna keajaiban buat rakyat jelata- tidak!
Bukan semata rakyat jelata, bahkan seluruh makhluk tanah air Qhori!
Perkhawinan Sultanah Umamah dan Raja Tauseef dirangcang oleh kedua buah keluarga. Mereka dari empayar yang berbeza. Sebuah perjanjian termeterai demi menjaga hak serta kedaulatan empayar Qhori yang dibuat oleh Sultan Umer Uthbah iaitu ayahanda Sultanah Umamah dan ditandatangani oleh Raja Tauseef sendiri.
Apakah isi perjanjian itu?
Maka, sejarah baru bermula. Helaian lama dibuang- lebih parah, hak rakyat tergadai demi kemaslahatan empayar pimpinan Raja Tauseef yang kini mendapat gelaran Sultan. Apa yang disajikan?
Kebahagian?
Senyuman manis?
Janji setia?
Di mata rakyat semuanya baik saja. Tiada cacat cela tetapi figura itu saksikan di depan mata bagaimana hak rakyatnya terhakis sedikit demi sedikit. Ibundanya hanya digunakan demi mengaut keuntungan!
Perkhawinan cumpur untuk mengeratkan hubungan politik dua empayar? Pfftt- bohong!