Arlen Deryth Liam, pewaris keluarga yang berpengaruh tetapi diselubungi misteri, terjebak dalam konspirasi gelap yang melibatkan pembunuhan dan rahsia masa lampau keluarganya.
Pertemuan mereka penuh dengan ketegangan, dan hubungan itu berubah menjadi sebuah perjalanan yang mendebarkan apabila rahsia Evryn Amelia mula terbongkar.
"Kenapa kau masih simpan benda tu walaupun kau dah benda tu membawa maut?" - Arlen
Evryn bukan sahaja sekadar pelarian, tetapi juga pemilik artifak gelap purba yang menjadi kunci kepada segala kekacauan yang melanda. Artifak itu menjadi rebutan ramai, termasuk musuh utama mereka, yang bukan sahaja mendambakan kuasanya tetapi juga menyukai dengan Evryn.
Di sebalik pertarungan fizikal dan mental, Arlen dan Evryn harus berhadapan dengan perasaan mereka yang semakin mendalam. Namun, apabila rahsia besar terbongkar mereka diuji sama ada kepercayaan dan cinta mereka mampu bertahan.
"Untuk musnahkan artifak ni , aku perlu .... lepaskan segalanya , termasuklah kau ." - Evryn
Evryn menyedari bahawa satu-satunya cara untuk menghentikan ancaman ini ialah dengan memusnahkan artifak tersebut. Namun, perkara ini bukan mudah, kerana artifak itu tidak boleh dimusnahkan dengan cara biasa. Ia menuntut pengorbanan besar mungkin termasuk nyawa seseorang yang paling rapat dengannya.
Adakah Evryn sanggup melepaskan artifak itu, atau akankah ia menjadi alat yang memisahkan dirinya daripada Arlen?
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut.
Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi.
Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga.
Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja.
Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya.
Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?