Nadia Sofia dan Daren Rayyan adalah pasangan yang dilanda pelbagai ujian sejak dari pertemuan pertama mereka. Daren, seorang lelaki kaya dan dingin, jatuh cinta pada Nadia sejak zaman sekolah, namun cintanya ditolak. Walaupun begitu, Daren tidak pernah menyerah dan berusaha untuk memenangi hati Nadia. Setelah bertahun-tahun berpisah, mereka bertemu kembali dan akhirnya berkahwin, namun cabaran tidak berhenti di situ. Nadia yang berperang dengan penyakit anxiety, sering dibelenggu rasa takut dan keraguan, manakala Daren berdepan dengan masa lalu yang gelap dan ramai yang cuba merosakkan kebahagiaan mereka. Yusof, lelaki yang obses dengan Nadia, dan Aina, wanita yang cemburu pada cinta mereka, menjadi penghalang utama dalam hidup mereka. Ketika semuanya tampak sudah teratasi, tragedi besar melanda dan Nadia hampir kehilangan nyawanya. Dalam pertemuan takdir yang tidak disangka, Nadia kembali ke kehidupan Daren, tetapi dengan ingatan yang hilang, memberi ruang kepada cinta yang baru bermula, namun juga mengingatkan mereka tentang kesilapan dan pengorbanan yang telah berlaku. Bersama anak mereka, Nur Nissa Dania, Daren bertekad untuk melindungi dan menjaga keluarganya dengan sepenuh hati, walaupun menghadapi masa lalu yang tidak dapat dilupakan. ~no copy paste ~klu ada yg tersama..itu hanya kebetulan ~idea sendiriAll Rights Reserved
1 part