SEKALI LAGI (on going)

SEKALI LAGI (on going)

  • WpView
    Membaca 44
  • WpVote
    Vote 2
  • WpPart
    Bab 13
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Jum, Feb 7, 2025
WpInfo
Fiksi
Romansa
SINOPSIS 'SEKALI LAGI' Ku Hazerkyle Adzim dan Naiwa Ilya Zaharah pernah menjalinkan hubungan cinta ketika di universiti. Pada waktu itu, Hazerkyle seorang yang ego, sukar untuk menzahirkan perasaan, dan sering mementingkan dirinya sendiri. Walaupun dia menyayangi Naiwa, dia tidak pernah menunjukkan perasaan tersebut secara terbuka. Keadaan ini membuatkan Naiwa merasakan cintanya tidak dihargai. Pada satu malam, berlaku pergaduhan besar antara mereka. Hazerkyle, dalam keadaan yang penuh emosi, mengeluarkan kata-kata yang sangat menyakitkan hati Naiwa. Tindakannya itu memusnahkan hati Naiwa dan dia akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Hazerkyle. Sejak malam itu, hubungan mereka terputus tanpa jejak. Lima tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula. Hazerkyle kini merupakan seorang Pegawai Tentera Udara, Pasukan Elit (PASKAU) berpangkat tinggi, seorang lelaki yang jauh lebih matang dan menyedari kesilapan yang telah dilakukannya dahulu. Naiwa pula sudah bergelar seorang doktor yang berjaya. Walaupun dia kelihatan bahagia dengan hidupnya, namun luka lama yang ditinggalkan oleh Hazerkyle masih sukar untuk disembuhkan. Pertemuan semula mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Naiwa masih menyimpan dendam dan kesakitan akibat kata-kata Hazerkyle, sementara Hazerkyle berusaha sebaik mungkin untuk menebus kesilapannya dan mendapatkan peluang kedua. Namun, mampukah Naiwa membuka hatinya semula? Adakah Hazerkyle benar-benar berubah atau sekadar cuba menyembunyikan kelemahan dirinya?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#830
happyending
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • Perempuan Terakhir | OG
  • Pikat Hati Dia
  • Sentuhan Kasih
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Terima Kasih Suamiku {Completed}
  • Dear Te Amo [C]
  • D'ROSE (COMPLETED)
  • BIDADARI MILIK DIA
  • Luruhnya Sang Sakura [On Going]

Book 1 Muhammad Haqeem Idham seorang tentera laut yang berwatakan tegas dan lidahnya tajam dalam berkata-kata. Dia bukan sahaja tentera laut biasa , tetapi dia juga tentera elit dalam tugasnya , iaitu PASKAL. Pertemuan dengan seorang gadis itu bukan sesuatu yang baik baginya. Hatinya selalu dingin dengan gadis yang lebih kurang sama sikapnya. Kehidupannya, pernah diatur oleh Datin Hanani yang merupakan ibu kandungnya, Haqeem tidak pernah bercinta dalam mana-mana perempuan, tapi disebabkan atas arahan mamanya, dia perlu bertunang dengan Ariana Arissa tanpa suka atau cinta. Gadis yang dia pernah suka sejak kecil itu, Nayla Az-Zahra. Gadis berwatakan ceria itu adalah bekas teman wanita sepupunya. Haqeem pernah buang rasa cinta itu ketika dia masih mentah, kerana dia anggap tiada gunanya untuk dia mengejar. Setelah beberapa tahun, mereka menjadi dewasa. Pertemuan kecil dan juga pertemuan sering kali bertengkar menjadikan mereka berdua makin lama makin rapat. Apatah lagi, Haqeem menjadi cucu angkat kepada nenek Zahra. " Awak pernah bercinta ke, Haqeem?" - Zahra " Tak. Aku tak ada rasa nak bercinta dengan perempuan." - Haqeem " Awak gay ke?" - Zahra Soalan itu buatkan Haqeem terserentak dan dia telan liur. Tak pernah lagi manusia yang hidup kat atas muka bumi ini menganggap dia songsang atas sebab dia tak pernah bercinta. Malah dalam kem dia pun kebanyakkan lelaki. " Kepala hotak kau. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah lagi nak suka sesama jenis." - Haqeem " Dah tu awak cakap awak tak ada rasa nak bercinta dengan perempuan?" - Zahra " Kau ni bengap ke Zahra? Ke buat-buat bodoh?" - Haqeem Dan...malam itu mereka ditemani oleh bintang-bintang bercahaya di langit yang gelap. Haqeem memang ada niat untuk melamar gadis tersebut, tapi dia ada perasaan takut jika Zahra menolaknya mentah-mentah.Zahra pula ragu-ragu untuk memberi jawapan, tapi Haqeem tetap mengejar gadis dambakan yang dia pernah crush dahulu. 📢 CERITA HANYA REKAAN 📢 DILARANG MENCIPLAK

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan