"Aku tak pernah meminta untuk hadir dalam hidup kau, tapi entah kenapa, setiap langkah yang aku ambil tetap membawa aku kembali kepada kau."
___________________
Sayangku, Anggun
" abang..."
Naufal sudah lama menyukai Anggun, gadis yang tidak pernah sedar akan kewujudannya. Dari jauh, dia hanya mampu memerhati-senyumannya, gelaknya, dan setiap gerak-gerinya yang tanpa sedar mencuri hatinya. Namun, bagi Anggun, Naufal hanyalah seseorang yang tidak pernah ada dalam dunianya.
Tak mahu terus menjadi bayang-bayang, Naufal merancang pertemuan pertama mereka. Dia menyusun segalanya dengan teliti, memastikan semuanya kelihatan seperti satu kebetulan yang indah. Dan akhirnya, mereka bertemu-Anggun mula mengenali Naufal, dan hubungan mereka perlahan-lahan terjalin. Terjalin sebagai teman pasti mesra pada mula nya.
Namun, perasaan yang baru berputik itu diuji dengan dugaan demi dugaan. Perbezaan latar belakang, rahsia yang tersimpan, dan kehadiran seseorang yang memegang segala rahsa mula menggoncang hubungan mereka. Naufal sudah lama menunggu saat ini, tapi mampukah dia mempertahankan Anggun? Dan adakah Anggun sanggup membuka hatinya untuk seseorang yang selama ini tidak pernah wujud dalam hidupnya?
Dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan, mampukah cinta Naufal sampai kepada Anggun? Atau segalanya akan terkubur sebelum sempat berkembang?
Rose, seorang gadis muslim yang taat, bekerja keras di sebuah kafe. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu Leo, seorang anggota kumpulan gelap yang misterius.
Setelah pertemuan yang tidak dijangka, Leo tertarik pada Rose yang penuh ketenangan, sementara Rose merasa terancam dengan kehidupan gelap Leo.
"Auch, sakit." - Rose
"Are you okay?!" - Leo
Leo yang terperangkap dalam dunia gelapnya itu mula meragui pilihannya dan tertanya-tanya apakah ada jalan keluar. Dia mulai mempertimbangkan untuk memeluk Islam, terutama selepas mengenali Rose.
"Ramai lagi perempuan yang bagus dari saya, carilah orang lain." - Rose
"Why other girl when you exist? Kalau aku kata aku nak kau, maksudnya kau je. Tak ada orang lain." - Leo
Rose, walaupun mula jatuh cinta pada Leo, berdepan dilema. Apakah dia boleh menerima tentang kehidupan Leo? Kuatkah dia untuk menghadapi pelbagai risiko?
Mampukah Leo dan Rose menghadapi perbezaan dunia mereka, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana takdir?