Apa perasaan kau bila ada orang call bomba, suruh selamatkan perempuan jari tersepit. Tengok tengok, bini kau sendiri. Yang kau tinggal seminggu lepas kahwin.
Isteri yang dia tinggalkan selepas seminggu menikah, kini ada depan matanya. Tersepit jari di celah lubang grill.
"Macam mana jari boleh tersepit dekat situ?" Luthfi, kawan sekerjanya menegur.
"Entahlah, encik. Saya pun tak tahu apa yang kawan saya buat dekat celah grill ni sampai jari tersepit. Entah apa yang dia korek dalam lubang ni." Melyn mengeluh panjang sambil geleng kepala. Masa Serafina panggil dia, cakap jari tersepit. Dia ingat Serafina main main.
Eh, sekali memang tersepit. Tak pasal kena panggil bomba. Tapi, tak menyesal. Sebab bomba yang datang semuanya sado-sado. Segar biji mata.
"Kalau duk peluk grill macam tu, sampai esok pun tak keluar jari tu. Cuba tepi sikit. Bagi kami buat kerja." Encik Halim pulak bersuara. Minta Serafina jauhkan diri dari grill.
Kemam bibir, Serafina tunduk malu. Macam mana, suami yang tinggalkan dia selepas seminggu menikah, ada depan mata? Hampir sebulan tak berjumpa, alih alih ada depan mata! Dahlah yang tersepit tu, cincin perkahwinan mereka!
"Kau buat apa tercegat dekat situ, Haidar? Bagi aku bolt cutter tu."
Tak berkelip Haidar pandang si gadis. Saat yang sama, dia melangkah ke arah pintu grill. Bolt cutter di angkat lalu..
"Grill ke, atau jari you yang patut I kerat? What are you doing here, Serafin?" Suara dicelah gigi.
"Mencari suami yang hilang.." selamba balas Serafina dengan bibir diketap kuat. Bukan Haidar je nak jauhkan diri. Dia pun sama.
"Kerja bomba memang macam ni ke?" Tegur Serafina lagi bila rasa tak selesa dengan kedudukan Haidar.
"Macam mana?"
"Ambil kesempatan." Tegas tapi perlahan. "Perlu ke duduk di belakang I gaya macam nak pel•k? Depan I pun you boleh potong grill ni." Perli sinis.
Haidar turut ketawa sinis. Tukar posisi. Dia letak bolt cutter dekat dengan jemari isteri.
"Say one more word, and your finger's next."
Rose, seorang gadis muslim yang taat, bekerja keras di sebuah kafe. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu Leo, seorang anggota kumpulan gelap yang misterius.
Setelah pertemuan yang tidak dijangka, Leo tertarik pada Rose yang penuh ketenangan, sementara Rose merasa terancam dengan kehidupan gelap Leo.
"Auch, sakit." -Rose
"Are you okay?!" -Leo
Leo yang terperangkap dalam dunia gelapnya itu mula meragui pilihannya dan tertanya-tanya apakah ada jalan keluar. Dia mulai mempertimbangkan untuk memeluk Islam, terutama selepas mengenali Rose.
Rose, walaupun mula jatuh cinta pada Leo, berdepan dilema. Apakah dia boleh menerima tentang kehidupan Leo? Kuatkah dia untuk menghadapi pelbagai risiko?
Mampukah Leo dan Rose menghadapi perbezaan dunia mereka, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana takdir?