KIDULT [OG]

KIDULT [OG]

  • WpView
    Reads 2,263
  • WpVote
    Votes 348
  • WpPart
    Parts 35
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Aug 28, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Love Triangle
Second Chance
Slice of Life
𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝒗𝒐𝒍. 𝟏 IRDINA AISHA, anak sulung yang menjadi harapan kedua orang tuanya. Kehidupan yang sederhana di kampung sudah cukup memberi rasa bahagia dalam hidup mereka sekeluarga. Impiannya hanya satu iaitu membanggakan kedua ibu bapanya dengan memberi kejayaan kepada mereka. Namun, takdir berkata lain. Kedua ibu bapanya pergi dalam sekelip mata, meninggalkan amanah yang amat berat untuk dia pikul. Dina hilang arah tujuan sehingga dia nekad untuk berhenti belajar demi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. "Akak akan pastikan kita tidak berpisah. Walau apapun yang berlaku, kau orang semua akan membesar bersama depan mata akak." Itulah janji yang diucapkan. Walaupun dia tahu ianya tidak mudah, tapi dikuatkan jua mental dan fizikal supaya terlihat kuat di hadapan adik-adiknya yang lain. Mimpinya yang satu itu turut sama terkubur bersama kedua orang tuanya. "Aku penat... Penat sangat..." Disaat Dina jatuh tersungkur dengan ujian yang tidak habis-habis menimpa dirinya. Dia hadir sebagai penyembuh luka dan sumber kekuatan bagi Dina untuk terus bangkit. "Kalau kau perlukan apa-apa, bagitahu aku. Aku akan cuba bantu." Dia yang dulu dianggap sebagai musuh kini muncul sebagai sahabat. Dalam diam, cinta mula berputik sehingga mereka nekad untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan yang suci. "Aku akan jadikan kau ratu dalam istana yang akan kita bina. Itu janji aku." Namun takdir sekali lagi seperti tidak ingin dia bahagia tatkala satu rahsia besar terbongkar. Hatinya hancur berkecai bak kaca apabila mendapat tahu satu hakikat yang agak pedih untuk ditelan. "Dina dengan dia tak boleh berkahwin!" Dirinya buntu. Luka yang mula sembuh kembali berdarah. Saat itu, dia hanya mampu berserah kepada Yang Maha Kuasa. Mengharap ada sinar selepas gelita. "Izinkan aku bahagia walau hanya sebentar." MULA: 7-02-2025 TAMAT:-
All Rights Reserved
#521
slowburn
WpChevronRight
Series

Demi Bahagia

  • 35 parts
  • USE̶L̶E̶S̶S̶ [SU]
    5 parts
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 7. Forever I'm For Yours
  • Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C]
  • He's My Real Love Luqman Hakeem | COMPLETE
  • CINTA YANG TERTANGGUH
  • Kerana Mereka (👀)
  • Hold On✔️
  • Anugerah Terindah [C]
  • Her Sapphire Tides [C] ✓
  • Permata Dareen [OG]
  • 𝐑𝐀𝐍𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐘𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄

Apa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna. "Awak tanya kenapa dengan saya?"soal Yuan dengan berang. Reyna hanya berdiri di situ memerhati wajah Yuan. Tak kira la waktu marah waktu senang Yuan tak pernah tak buat Reyna terkesan dengan rupa yang dimiliki oleh lelaki itu. "Ya...saya ada buat salah apa-apa ke?"balas Reyna. "Saya ingatkan saya dah beritahu Killian supaya jauhkan diri dari awak?Still saya dapat tahu awak keluar dengan dia?Tak cukup dengan tu..awak keluar dengan mereka berempat?"soal Yuan sambil tunjukkan tangan ke arah pintu kaca di belakang Reyna. Reyna mengedipkan mata dua kali sebaik mendengar kata-kata itu. "Awak luangkan masa dengan mereka sampai lupa tugas awak dekat sini...di sisi saya..untuk syarikat ni..awak ingat saya tak tahu ke yang awak luangkan masa di luar dengan setiap seorang dari mereka..."marah Yuan lagi. Reyna tenung wajah berang Yuan sebelum selak anak rambutnya ke belakang telinga lantas berkata. Kenapa pulak Yuan ni? "Bukan ke awak yang bersungguh nak saya lakukan semua ni?Dan sekarang awak salahkan saya?"tanya Reyna dengan perlahan. Tangan Yuan jatuh ke sisi. Dia pandang Reyna dengan kening mencerlung. "Iya...tapi bukan macam ni...awak sibuk sampai call dan mesej saya awak susah nak balas..!" luah Yuan lagi. Dah memang betul pun. Sejak dua menjak ni dia perhati Reyna selalu keluar pejabat dan luangkan masa dengan Killian tak seperti Reyna lakukan. Hal tu buatkan dia jengkel. Rasa macam dipulaukan pun ada. "Awak dah berkahwin Yuan...dah ada isteri. Dan akan mempunyai anak tak lama lagi... Kenapa awak peduli akan urusan saya?"balas Reyna dengan kening berkerut tak faham. "Sebab siapa saya dalam situasi ni sekarang?"Yuan tunjuk dada dia dengan bengang. "Beritahu saya sebab siapa?"mata lelaki itu kemerahan. Mac 2020

More details
WpActionLinkContent Guidelines