8 parts Ongoing Mature"I hate you!" - Clara Alana
"I love you too, sweetheart." - Zayne Aldric
Clara Alana, seorang gadis manja yang sering membuatkan lelaki mudah jatuh hati padanya. Walaupun begitu, dia bukanlah seorang yang sosial. Dilahirkan dalam keluarga berada, namun Clara tidak pernah membazirkan harta orang tuanya. Sebaliknya, dia memilih untuk berdikari dan menyara hidupnya sendiri. Namun, kehidupannya tidak pernah bebas kerana keluarga sering mengawal segala tindakannya.Sehinggalah dia bertemu dengan lelaki yang paling dia benci.
Zayne Aldric, anak angkat kepada Callahan, ayah Clara. Dia bukan sahaja anak angkat kepada lelaki itu, malah dia adalah bodyguard Clara. Dia sudah lama menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Di luar, dia seorang lelaki yang dingin. Tetapi di hadapan Clara, Zayne gemar mengusik dan mengganggu gadis itu, hingga membuatkan Clara semakin meluat dengannya.
"Ish, you ni lelaki paling tak guna yang pernah I jumpa!" - Clara Alana.
"Yes, I know, sweetheart. Tapi lelaki tak guna ni lah yang akan selalu jadi bantal peluk kau." - Zayne Aldric.
Clara mengetap bibir, matanya mengecil geram. Setiap kali mereka bergaduh, Zayne pasti ada jawapan yang membuat darahnya mendidih.
Namun takdir mempertemukan mereka sebagai suami isteri. Kehidupan rumah tangga yang pada awalnya indah mula goyah apabila satu rahsia besar terbongkar. Rahsia yang membuatkan Clara membenci Zayne sepenuh hatinya.
"How could you do this to me?! Apa salah Clara sampai korang sanggup tipu Clara?!" - Clara Alana.
"No sayang, listen to me. Bagi aku jelaskan pada kau." - Zayne Aldric.
"Jangan dekat! Aku benci kau, Zayne. Aku benci korang semua! Disebabkan kau, aku jadi trauma!" - Clara Alana.
Zayne menelan liur dengan payah, matanya terpejam rapat menahan rasa.
"Please don't leave me, baby.I need you. And the baby needs me too." - Zayne Aldric.
Mampukah Zayne mempertahankan Clara? Atau mungkinkah Clara memilih untuk pergi, membawa luka yang tidak pernah sembuh?
Start : 12/08/2025
End : -