Tengku Firhan Harraz seorang duda tampan, kaya, dan berkarisma menjalani hidup hanya dengan fokus kepada kerja dan anak kesayangannya, Qaireen Ellyra. Selepas perceraiannya, dia menutup hatinya untuk mana-mana wanita, hanya mahu menjadi ayah terbaik buat Qaireen. Dalam dunia korporat yang penuh dengan kesibukan, sahabat baiknya, Hud Denniez, sering menjadi tempat dia berbicara dan bertukar pandangan.
Suatu hari, pertemuan yang tidak dirancang terjadi apabila Hud membawa adiknya, Laura Irish, ke pejabat Firhan selepas kelas di universiti berdekatan. Sekilas pandang, hati Firhan bergetar Laura bukan seperti wanita lain yang pernah dia kenal. Ada sesuatu dalam dirinya yang membuat Firhan tidak mampu mengalihkan pandangan.
Yang lebih mengejutkan, Qaireen Ellyra juga tertarik kepada Laura! Hubungan mereka menjadi semakin erat sehingga Qaireen dengan polosnya memanggil Laura "Mommy," sesuatu yang Firhan tidak sangka akan berlaku secepat itu.
Dalam perjalanan mengenali Laura, Firhan mula berdepan dengan perasaan yang sudah lama dia kuburkan. Namun, dengan statusnya sebagai duda dan luka silam yang masih bersisa, mampukah dia membuka ruang di hatinya untuk cinta sekali lagi?
Sementara itu, Laura yang ceria dan penuh kasih sayang mula menerima kehadiran Firhan dan Qaireen dalam hidupnya. Namun, konflik kecil mula timbul apabila Laura dihimpit dengan dilema adakah dia cukup layak untuk berada di sisi seorang lelaki sehebat Firhan?
[COMPLETE][EDITING]
Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil.
Sofia Diaz, known as an angel.
The two are arranged to be married, forced by their fathers, joining the two Mafia's.
But Sofia eventually learns, even the devil was once an angel.
Cover by @alluringathena
*This book is more of a romance book than Mafia book and I hope you enjoyyy*