Cover by:@tsweetestrain
'Cinta yang lahir di tanah Andalusia, diuji oleh rahsia dan bahaya....'
Cordoba, Andalusia. Pusat keilmuan dan kegemilangan Islam. Di kota yang dipenuhi cahaya ilmu ini, Nour Zahira terperangkap dalam sebuah misteri yang tidak pernah dia bayangkan. Dia bukan sekadar seorang gadis asing yang tersesat di masa lalu, tetapi kunci kepada rahsia yang telah lama tersembunyi iaitu Kitab Sirr al-Andalus, kitab yang mampu mengubah nasib sebuah peradaban.
Di sisi lain, Umar ibn Khalid, seorang lelaki misteri yang menyembunyikan identitinya, kembali dihantui masa silam. Dia bukan sekadar pedagang biasa, tetapi waris kepada sebuah perjuangan yang belum selesai. Apabila Nour diculik oleh sebuah organisasi rahsia yang ingin menghancurkan Andalusia dari dalam, Umar tidak punya pilihan selain bertarung
Bukan hanya demi gadis itu, tetapi demi mempertahankan Cordoba daripada jatuh ke tangan musuh.
Dalam perjalanan merungkai kebenaran, mereka diuji dengan pergelutan antara cahaya dan bayangan, antara iman dan pengkhianatan, antara takdir dan pilihan.
Di kota yang megah ini, sejarah sedang menulis semula dirinya.
Dan di langit Andalusia, cahaya kebenaran akan menentukan segalanya.
#don't plagiat
#enjoy reading!
#First islamic history story
𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐋 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀 | 𝐑𝐄𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄 𝐕𝐄𝐑.
(Completed)
Dia, wanita yang pernah percaya pada cinta suci, kini bangkit sebagai wanita yang penuh dendam. Ershal Sophia yang dulu lembut seperti sutera kini menjelma menjadi ibarat medusa. Pandangan matanya yang tajam mampu membuat sesiapa sahaja terkedu - cukup untuk membunuh hati yang berdosa.
"I janji I akan bertanggungjawab atas segalanya. Arshal mesti perlukan kasih sayang seorang ayah."
Suara Emir Uwais serak cuba merayu dengan penuh penyesalan. Namun, baginya lelaki itu hanyalah bayang-bayang silam yang tidak layak wujud dalam hidupnya.
Ershal hanya tertawa kecil sinis.
"No need. Aku tak perlukan sampah masyarakat untuk jadi ayah kepada anak aku." Nada suaranya dingin menusuk ke tulang.
Air mata yang dulu pernah menjadi teman tidurnya kini sudah kering. Cinta? Tiada lagi tempat untuk itu. Baginya, lelaki seperti Emir hanya layak menerima balasan - balasan atas luka yang tidak pernah sembuh.
"Dulu kau buang aku seperti sampah. Sekarang, kau tengoklah sampah ini bangkit tanpa kau kutip."
Ershal Sophia kini bukan lagi wanita lemah. Dia adalah lambang kekuatan dan dendam yang sempurna - dan ini baru permulaan.
⚠️WARNING⚠️
Mengandungi kata kata kesat, unsur unsur kasar dan seangkatannya.