Siluet
  • WpView
    Reads 132
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 15
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Nov 22, 2025
Aurellia Julia, seorang pereka fesyen terkenal yang mengikut jejak kreatif ibunya. Butik yang diberi amanah kepadanya untuk meneruskan legasi kejayaan dalam peragaan gaun mewah dan edisi terhad yang dibina oleh ibunya bertahun lamanya. Melihat legasi dan kerjayanya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila satu persatu individu dalam industri fesyen ditemui mati, setiap mangsa memakai gaun dari koleksi terbarunya yang baru diperkenalkan dan dilancarkan kepada umum beberapa bulan yang lepas. ASP Rizal, penyiasat yang terkenal dengan menyelesaikan kes-kes sukar, ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan profil tinggi. Namun, kes ini tidak seperti yang lain, bukti yang ditemui tidak hanya menunjuk ke arah Aurellia, tetapi juga berkait dengan tragedi silam yang pernah menjadi salah satu kejadian pahit dalam hidupnya. Saat ASP Rizal semakin rapat dengan Aurellia, tarikan antara mereka menjadi lebih kuat, tetapi begitu juga bahaya yang mengancam nyawa mereka. Aurellia menerima ancaman-ancaman misteri, butik fesyennya diceroboh, dan cubaan membakar koleksi fesyennya. Seolah-olah, sesiapa pun yang berada dekat dengan Aurellia pasti akan mati.
All Rights Reserved
#365
misteri
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL]
  • Manis Tentang Kita (Free Chapter)
  • INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)
  • Jodoh Tanpa Sengaja
  • MILIK SEORANG KOMANDO

Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer

More details
WpActionLinkContent Guidelines