Setiap orang diciptakan berpasangan ... cuma tidak tahu pasangan itu di dunia ataupun di akhirat . Berpasangan dengan manusia mahupun kematian . Hati yang sudah lama ditutup mula terbuka kembali , seperti ceritera Adam dan Hawa , mereka saling melengkapi . Namun , tak selama yang dijangka , kerana mereka masing masing manusia . Tidak pernah lari daripada membuat suatu kesilapan dan kini kesilapan dibalas kesilapan . " Saya tak sempurna ." - Farissa Aireen " Bukankah kesempurnaan terbentuk daripada dua insan yang saling mencuba menjadi sempurna ?" - Thaqif Risky Tetapi pada akhirnya kesempurnaan itu mula menjadi titik pengakhiran . Alasannya ? Antara Thaqif dan Aireen , tiada sebuah cinta yang sempurna . Tiada yang meminta menjadi begini , semua kehendak Dia sama seperti apa yang terkandung dalam dunia , tiada milik kita , semuanya akan kembali menjadi milik Sang Pencipta . Cinta itu indah , cinta itu tak perlu kesempurnaan dan cinta itu Thaqif dan Aireen . Setekad itukah mereka dalam mengakhiri sebuah ikatan yang dahulunya dikatakan sempurna ? Atau ini permulaan bagi satu drama dua insan yang saling mencintai satu sama lain .All Rights Reserved
1 part