JANJI LANGIT MADINAH

JANJI LANGIT MADINAH

  • WpView
    Lecturas 229
  • WpVote
    Votos 15
  • WpPart
    Partes 8
WpMetadataReadConcluida vie, mar 14, 2025
WpInfo
Ficción
Romance
Primer Amor
HANYA TEASER BEBERAPA BAB AWAL! Demi segugus janji yang terlakar di Madinah, Hawa menunggu Adam saban tahun dengan sabar. Kepulangan lelaki itu ke tanah air selepas 14 tahun membuat impian Hawa kembali hidup. Namun, untuk mendekati Adam selepas lelaki itu bergelar CEO jalannya tidak mudah. Ranjaunya sehingga bisa meragut nyawa sendiri. 'Andai kelak kita terpisah jarak dan waktu, adakah abang masih setia nak tunaikan janji abang ni?' - Hawa Elaina Perpisahan pertama kali Adam dan Hawa menggarap perpisahan yang bertahun lamanya. Semuanya gara-gara satu fitnah kejam yang direka oleh bonda Adam sendiri. Saat pertemuan semula dengan Hawa, kebencian Adam makin bertambah. Namun, selepas segalanya terbongkar, khabar duka pula datang menerpa. 'Aku tak kenal kau. Dan, aku taknak kenal pun perempuan yang entah siapa-siapa macam kau!' - Adam Mahfuz Hanya mampu menjadi pelindung dalam diam kerana Hawa mencintai yang lain. Tanpa jemu, Umar terus kekal bersabar untuk menakluki hati Hawa meski Hawa tidak pernah memandang. Hingga satu masa dia sanggup berkorban demi sebuah nyawa yang tersayang. 'Aku nak kau rahsiakan benda ni, Adam. Kalau Hawa tahu, dia takkan setuju dan dia lebih sanggup sakit sampai mati.' - Umar Hayyan Bisakah janji masa lalu antara Adam dan Hawa itu tertunai? Dapatkah mereka genggam bahagia ketika badai datang menyinggah? Atau, adakah Umar yang sentiasa menjadi pelindung buat Hawa itu punya peluang untuk bertakhta dalam hati Hawa? *Bacaan percuma sekadar bab awal. *Manuskrip sedang dalam tempoh penilaian untuk novel terbit. Kalau tak ada rezeki dicetakkan, Leyaa jadikan ebook ya. *Terima kasih pada yang sudi baca.
Todos los derechos reservados
#2
ebookmelayu
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • Bukan Sekadar Cinta
  • KEKASIH BAYANGAN [COMPLETE]
  • 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
  • Janji 'Bekas Tunang' | COMPLETED
  • ID untuk Hawa [Editing in Progress] [C]✅
  • Terpadamnya Lilin di Tangga
  • CURANG
  • HUG : THE TRUTH UNTOLD
  • SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
  • Akulah.. ARYANA ( Sudah Terbit )

Hani Adreana, seorang perempuan yang terperangkap dalam belitan takdir yang merobek hatinya. Dikhianati oleh tunang yang sangat dicintai sepenuh hati. Kerana terluka, perpisahan diminta. Setelah putus tunang dengan Reza Ahadiat, dia memilih untuk menjauh dari keluarga Reza. Takdir mempertemukan Hani kembali dengan Raid Akashah, abang kepada Reza. " It's been a long time since we met. How are you?" - RAID AKASHAH. " I'm fine." - HANI ADREANA. Pertemuan demi pertemuan telah merapatkan dua insan. Tugas Hani sebagai arkitek yang perlu berurusan dengan Raid kerana satu projek, menambahkan lagi kemesraan antara mereka berdua. Hajat orang tua Raid yang tidak berkesampaian sebelum ini cuba digapai kembali. " Kenapa saya? Bukan ke awak dah ada pilihan hati? Atau pun sebab aunty?"- HANI ADREANA " Pilihan hati saya adalah pilihan hati mummy juga."- RAID AKASHAH. Kehadiran Reza pula yang sering menganggu Hani membuatkan Hani tergugat. " Awak hanya milik saya seorang , Hani. Saya tak kan biarkan sesiapa pun dapat awak kecuali saya!"- REZA AHADIAT. Antara Raid dan Reza, yang manakah lebih layak memiliki Hani? Orang kata cinta pertama itu keramat, adakah ianya akan membuatkan Hani memilih Reza kembali atau pun Raid yang akan menjadi cinta terakhirnya? Status: Still ongoing. How many chapter: Mungkin hanya 30++ bab nii

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido