𝐊𝐔𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐌 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊, 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐔𝐃𝐀
Bagi Ungku Cinta Kirana, Peristiwa yang berlaku semasa makan malam itu hanyalah semua mimpi yang takkan dilupakan buatnya. Mana taknya. Makanan masakkannya terjatuh ke salah satu tetamu yang hadir. Tapi itu bukan yang terakhir. Tanpa dia tahu. Peristiwa itu akan berulang lagi. Cuma berbeza tempat dan beza Masa.
"Saya, dah mintak maafkan? Kenapa nak marah-marah macam harimau kelaparan ini? Tunku yang halang jalan saya. Bukan salah saya" -𝐔𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐑𝐀𝐍𝐀-
"Eh, Pandai eh kau menjawab" -𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐙𝐈 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋-
"Memanglah pandai, saya kan ada mulut. Bukan Tunku je yang ada mulut"-𝐔𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐑𝐀𝐍𝐀-
Sedangkan, Tunku Muda Razi Ismail sudah lama menahan sabarnya terhadap Ungku Kirana. Kalau bukan kerana hubungan baik antara keluarga mereka, sudah lama dia mengambil tindakan undang-undang terhadap Ungku Kirana itu.
Selepas 2 tahun kejadian itu berlalu, Mereka ditemukan semula. Apabila Ungku Kirana menjadi 'Assistand' nya di dalam Perusahan Setia berhad.
"Kalau kuah Laksam kau dah jatuh macam ni dekat baju aku. Kau rasa aku boleh pergi meeting ke dengan pakaian aku macam ni?" -𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐙𝐈 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋-
"Saya dah mintak maafkan? Takkan Tunku ada satu baju je? Kata anak raja. Takkan tak mampu beli lebih dari satu baju?" -𝐔𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐑𝐀𝐍𝐀-
Setiap hari, Setiap masa, Setiap jam dan minit. Mesti ada saja benda yang berlaku di office benda yang kecik pun boleh jadi besar.
"Kau buat apa dengan dapur aku, Kirana" -𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐙𝐈 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋-
"Masak kuah laksam,Tunku nak rasa? Sedap tau. Saya selalu guna resepi arwah mama saya. Papa saya pun approve tau masakkan saya. Tunku nak rasa?"-𝐔𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐑𝐀𝐍𝐀-