Emir Ridzuwan, seorang lelaki yang tidak percaya pada perkahwinan, berpegang teguh pada prinsip bahawa cinta hanyalah ilusi yang akhirnya membawa penderitaan. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Adelina Rania-wanita yang membuat hatinya goyah.
"Aku rasa... Aku jatuh cinta la."-Emir Ridzuwan
Adelina bukan seperti wanita lain yang pernah dia kenal. Ada kelembutan dalam dirinya yang menarik Emir untuk mengenalinya lebih dalam. Walaupun pada mulanya dia cuba menafikan perasaannya, setiap pertemuan mereka membuatkan hatinya semakin yakin bahawa Adelina adalah seseorang yang istimewa.
Namun, ketika Emir akhirnya nekad untuk melamar Adelina, kisah silam muncul menguji hubungan mereka. Di antara ego, ketakutan, dan cinta yang baru berputik, adakah Emir mampu membuktikan bahawa dia benar-benar layak memiliki Adelina?
"Saya... Bukan wanita yang baik untuk awak Mir... Saya tak sempurna..."-Adelina Raina
Sebuah kisah tentang seorang lelaki yang lari dari perkahwinan, tetapi akhirnya jatuh cinta dan merindui seorang wanita sepanjang hayatnya.
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏
"Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich
"Dia adalah tanggungjawab aku, lagipun dia terima aku bukan sebab cinta" - Nils Edward
Benar kata orang, kerana mulut badan binasa. Segala kata-kata yang diungkap oleh dirinya dahulu telah memakan dirinya sekarang.
Dia sedar hanya gadis itu yang mampu membuatkan dirinya tidak keruan, siang malam hanya bayangan gadis itu sahaja yang menemani dirinya. Well let's say he is just too obsessed with her.
The way she smile, the way she talked, the way she look at him. He just loves it. She is his drugs, his priority and ofcourse his life.
"Because of you, I can feel myself slowly, but surely, becoming the me I have always dreamed of being."
"Hello Mein Angel"